Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 January, 2012

Skim Penempatan Semula Skrang, Engkilili perlu diperbesarkan - Rayong

Caption: SIBUK...Rayong (tengah) bersama Nyalau (kanan) dan Razali (kiri) ketika sedang sibuk melayani soalan yang diajukan oleh penduduk ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

ENGKILILI, Selasa (17 Jan) – Skim Penempatan Semula Skrang di Engkilili perlu diperbesarkan lagi demi menyelesaikan masalah sejumlah 200 buah keluarga memerlukan lot tanah di situ semenjak kawasan terbabit dibuka pada tahun 1963 lepas.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa berharap agar kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan projek pembesaran kampung di kawasan skim penempatan semula tersebut selepas ini.

“Kawasan terbabit mempunyai sejumlah 16 buah rumah panjang dengan 1,000 orang penduduk menerusi 500 buah keluarga menetap di situ semenjak ia mula dibuka ketika berlangsungnya era konfrontasi Malaysia – Indonesia pada tahun 1963 dahulu.

“Masalahnya sekarang ialah 200 daripada 500 buah keluarga terbabit tidak mempunyai lot tanah. Maka cadangan pembesaran kawasan skim penempatan semula itu dilihat sebagai salah satu langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tamat Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Fialog Lapangan Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Di Bawah Inisiatif Baru NCR di Dewan Skim Skrang, Engkilili hari ini.

Rayong turut mencadangkan kerajaan agar memberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) atau In - Situ  (pendudukan kekal) kepada penduduk Skim Penempatan Semula Skrang yang masih belum mempunyai lot tanah.

“Kerajaan juga sudah mempertimbangkan kembali masalah yang menyelubungi sejumlah enam buah keluarga di situ yang telah diarah untuk mengosongkan kawasan tapak rumah masing-masing kerana tidak memilik lot tanah sebelum ini.

“Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Paling pentingnya penduduk perlu terus menaruh kepercayaan kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah hidup mereka selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman, Mohamad Razali Arshad, Pegawai Tadbir Daerah Kawasan Engkilili, Brayan Lenya, wakil Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Cif Inspektor Robert Achan, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu majlis dialog yang dirasmikan oleh Nyalau ini telah membabitkan para pemilik Tanah NCR dari kawasan Sungai Tembong, Tanjung Rambai dan Sungai Lipat, Skrang.

Tamat.








No comments:

Post a Comment