Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 January, 2012

RM496,000 duit MRP diagih untuk kali Ke-4 kepada 51 buah JKKK di kawasan Parlimen Sri Aman


Caption: DARI BN...Masir (kanan) ketika menyerahkan cek MRP kepada salah seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

PANTU, Selasa (10 Jan) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada mereka selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata peruntukan berupa Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan khas bagi memajukan hidup penduduk yang berada di bawah pentadbiran JKKK tersebut.

“Peruntukan MRP yang disalurkan oleh kerajaan BN terbabit boleh digunakan oleh sesebuah JKKK untuk mempertingkatkan kemajuan hidup penduduk dari segi pendidikan dan sosial.

“Justeru adalah amat penting untuk semua JKKK mengadakan perbincangan menyeluruh bersama para ahli bagi menentukan cara penggunaan MRP ini agar ia boleh memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua penduduk selepas itu,” katanya.

Beliau menyampaikan pesanan tersebut sebaik sahaja selesai menyempurnakan Majlis Penyerahan MRP kepada JKKK Untuk Kali Ke-4 bagi kawasan Parlimen Sri Aman di Pekan Lachau, Pantu baru-baru ini.

Selain itu Masir juga menasihatkan JKKK agar tidak menyalahgunakan peruntukan MRP berkenaan sehingga ia boleh mendatangkan kerugian terhadap penduduk di bawah pentadbiran mereka sendiri.

“Paling penting ialah JKKK perlu sentiasa terus bersama BN. Kerajaan akan dapat membantu JKKK dari masa ke semasa sekiranya mereka terus menyokong BN selepas ini khasnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang,” katanya.

Terdahulu sejumlah 51 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen Sri Aman menerima cek peruntukan MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM496,000.

Tamat.


No comments:

Post a Comment