Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2012

Ramli n geng teruskan jayakan siri ke-3 Skim Rondaan Sukarela di Kampung Muhibbah Sri Aman



Caption: SEDIA...SRS KRT Kampung Muhibbah, Sri Aman bergambar kenangan  sebelum memulakan rondaan mereka malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (16 Jan) – Usaha Skim Rodaan Sukerala (SRS), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah Sri Aman dalam menjaga keselamatan kampung harus dijadikan sebagai contoh di kalangan lain-lain kampung di Sri Aman selepas ini.

Ini kerana Kampung Muhibbah, Sri Aman setakat ini dilaporkan bebas dari segala aktiviti tidak bermoral dan jenayah semenjak SRS KRT Kampung Muhibbah memulakan operasi mereka semenjak bulan November tahun lepas.

Ketuanya Ramli Abu Sera berkata program SRS ini bertujuan untuk membantu pihak polis membenteras kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan Kampung Muhibbah dari masa ke semasa.

Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional Bahagian Sri Aman, maka Kampung Muhibbah katanya telah bertindak melaksanakan sesi rondaan pertama SRS bermula bulan November hingga Disember tahun lepas.

Ramli berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak sebelum bermulanya sesi SRS KRT bagi Ke-3 yang telah berlangsung di Kampung Muhibbah, Sri Aman malam tadi.

“Kami tidak menjumpai apa-apa aktiviti mencurigakan semenjak SRS mula dilaksanakan di kampung ini. Justeru SRS KRT Kampung Muhibbah akan meneruskan usaha mereka dari masa ke semasa demi membenteras aktiviti jenayah,” katanya.

Terdahulu Ketua Kampung Muhibbah Zon Timur, Haji Li bin Suhai melahirkan rasa bangga berhubung peranan SRS KRT Kampung Muhibbah, Sri Aman dalam menjaga keselamatan penduduk di kampung mereka selama ini.

Usaha gigih yang ditunjukkan oleh SRS KRT Kampung Muhibbah katanya perlu diteruskan demi membenteras aktiviti lepas, menghidu gam, dan lain-lain aktiviti kurang bermoral serta jenayah di kampung mereka selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment