Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2012

Projek bernilai RM40 juta bina Pusat Pengepam Air Bersih di Wong Jugam hampir siap - Nyalau

Caption: TERIMALAH...Nyalau (kanan) menyampaikan cek kepada wakil biro wanita ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

LUBOK ANTU, Ahad (8 Jan) – Masalah bekalan air yang sering melanda penduduk Lubok Antu khasnya di kawasan Pekan Lubok Antu bakal berakhir apabila projek pembinaan Pusat Pengepam Bekalan Air Bersih dijangka siap tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata projek bernilai RM40 juta itu telah berlangsung di Wong Jugam, Sungai Batang Ai yang terletak tidak jauh Pekan Lubok Antu.

“Majlis pecah tanah projek pembinaan Pusat Pengepam Bekalan Air Bersih bernilai RM40 juta ini dijangka akan berlangsung pada 20 Januari kelak bertempat di Wong Jugam, Sungai Batang Ai.

“Ia merupakan projek terbesar yang dihulurkan oleh kerajaan menerusi saya semenjak menjadi wakil rakyat di sini pada empat tahun lepas,” katanya ketika pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Abel, Tinting Lalang, Lubok Antu kelmarin.

Pusat Pengepam Bekalan Air Bersih di Wong Jugam ini kata Nyalau akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan air dikalangan penduduk dalam kawasan daerah Lubok Antu khas apabila ia mulai beroperasi kelak.

“Buat masa ini penduduk dalam Daerah Lubok Antu hanya menerima bekalan air bersih dari Pusat Pemprosesan Air dari Sungai Lemanak berdekatan dengan Rumah Bak, Sebeliau, Lubok Antu.

“Namun begitu enjin pemproses air di situ sering tersumbat apabila banjir dari Sungai Batang Lemanak berlaku ketika musim hujan lebat. Justeru projek terbaru ini dijangka mampu mengurangkan masalah ketiadaan air di sini pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu, James Resa, Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment