Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2012

Program Back Tp School kurang dapat sambutan di Sri Aman


Caption: SAHUT SERUAN... One Stop Super Store (gambar) merupakan satu-satunya kedai dalam Bandar Sri Aman yang menyahut perlaksanaan Program Back To School.

SRI AMAN, Selasa (3 Jan) – Sambutan peniaga pakaian dan peralatan sekolah dari kawasan Bandar Sri Aman terhadap perlaksanaan Program Back To School ternyata kurang memberangsangkan.

Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan cawangan Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Semenjak program berkenaan dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada bulan Disember lepas katanya hanya sebuah pasaraya dalam bandar ini yang menyahut seruan program tersebut.

“Hanya Kedai One Stop Super Store yang menyahut seruan perlaksanaan Program Back To School ini berbanding dengan lain-lain kedai jualan pakaian dan peralatan sekolah dalam Bandar Sri Aman.

“Mungkin kekurangan publisiti menyebabkan ramai peniaga jualan pakaian dan peralatan sekolah tidak menyahut seruan program ini atau pun kekurangan minat mereka terhadap program itu,” katanya.

Peniaga pakaian dan peralatan sekolah di Sri Aman kata Roslan sepatutnya mengambil peluang menerusi perlaksanaan program itu untuk mempromosi barangan masing-masing pada harga berpatutan di kedai mereka.

Dengan berbuat demikian peniaga pakaian dan peralatan sekolah katanya secara tidak langsung telah menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap golongan pelajar yang bakal memulakan sesi pembelajaran pada 4 Januari ini.

“Bagaimanapun orang ramai boleh membuat aduan terhadap Pejabat KPDNKK cawangan Sri Aman di talian 083-323616 jika terdapat peniaga yang menjual pakaian dan peralatan sekolah pada harga tidak berpatutan selepas ini,” katanya.

Terdahulu Pejabat KPDNKK Sri Aman telah melancarkan Program Back To School di Kedai One Stop Super Store pada 22 Disember lepas yang dirasmikan oleh Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan.

Tamat,


No comments:

Post a Comment