Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2012

Pemilik kereta kurang senang terhadap sikap penunggang motorsikal di Fair Price


Caption: PERLU DITEGUR...Gambar menunjukkan beberapa buah motorsikal yang parkir di petak meletak kereta di sebuah pasaraya berdekatan bangunan Fair Price hari ini.

SRI AMAN, Rabu (11 Jan) – Pengguna kereta yang sering berkunjung ke Pasaraya Fair Price, Sri Aman mula hilang sabar berhubung sikap sesetengah penunggang motorsikal yang gemar parkir di tempat parkir kereta berhadapan pasaraya berkenaan semenjak sebulan lepas.

Pengguna kereta mendakwa golongan terbabit gemar meletak motorsikal di petak parkir kereta berhadapan pasaraya itu walaupun tempat parkir motorsikal disediakan untuk mereka di sebelah pasaraya berkenaan.

Akibatnya pengguna kereta dalam Bandar Sri Aman terpaksa berhadapan dengan masalah parkir di hadapan pasaraya itu gara-gara disebabkan oleh sikap pengguna motorsikal berkenaan.

Masalah ini terbukti apabila seorang pengguna kereta nyaris melanggar sebuah motorsikal yang diletak di petak parkir kereta berhadapan pasaraya itu kerana menyangka petak parkir kereta tersebut kosong sekitar jam 8.30 malam tadi.

“Terdapat satu parkir kosong antara dua buah kereta di hadapan pasaraya itu. Apabila saya cuba membelok masuk untuk parkir di situ saya terkejut apabila mendapati bahawa terdapat sebuah motorsikal parkir di petak berkenaan.

“Kereta saya nyaris melanggar motorsikal berkenaan. Saya berasa amat marah dan geram berhubung sikap pemilik motorsikal itu yang tidak mahu meletak motorsikal di petak parkir mereka sendiri,” kata seorang pemilik kereta ketika ditemui malam tadi.

Beliau berkata sikap pengguna motorsikal terbabit hanya menyesakkan lalulintas jalan raya di hadapan pasaraya kunjung ramai tersebut memandangkan pengguna kereta terpaksa meletak kenderaan mereka di petak parkir yang lebih jauh selepas itu.

Justeru beliau meminta pihak pengurusan pasaraya berkenaan untuk menegur pemilik motorsikal yang cuba meletakkan kenderaan di petak parkir kereta berhadapan pasaraya berkenaan selepas ini.

Tinjauan oleh pihak media juga mendapati bahawa petak parkir kereta di hadapan beberapa buah kedai berdekatan Pasaraya Fair Price itu turut diisi oleh pengguna motorsikal dalam bandar ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment