Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2012

Pelajar perempuan kempunan hadir sesi orientasi Tingkatan Satu sebab cedera jatuh katil


SRI AMAN, Rabu (4 Jan) – Nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah dalam kawasan Sri Aman ini apabila mengalami kecederaan disebabkan terjatuh dari katil dua tingkat ketika tidur di asrama sekolah itu malam tadi.

Mangsa merupakan salah seorang daripada pelajar asrama tingkatan satu dari kawasan Pantu dan bakal memulakan sesi pembelajaran bagi hari pertama sesi persekolahan yang bermula serentak di seluruh negara pada hari ini.

Sebelum berlakunya kejadian itu, mangsa menurut sumber memilih untuk tidur di atas katil asrama sebelum kesemua pelajar tingkatan satu sekolah menengah berkenaan menghadiri sesi orientasi pada waktu pagi hari ini.

“Pada keesokan paginya, si rakan terperanjat apabila mendapati bahawa mangsa terbabit sudah pun berada di atas lantai asrama berdekatan sebelah katil mereka dalam keadaan masih tidur.

“Si rakan bagaimanapun dapat mengerakkan mangsa dari tidurnya. Mangsa yang sudah tersedar dari tidur itu bagaimanapun mengadu mengalami kesakitan di bahagian bahu kiri,” kata sumber.

Ibu mangsa kemudiannya tiba di sekolah menengah tersebut setelah mangsa mengadu kepada kakaknya (sekolah yang sama) bahawa beliau tidak dapat menghadiri sesi orientasi di sekolah berkenaan.

Disebabkan tidak yakin bahawa mangsa mendakwa mengalami masalah seliuh di bahu kawasan kiri, si ibu kemudiannya bertindak menghantar anaknya ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

“Setelah menjalani pemeriksaan, pihak hospital akhirnya mendapati bahawa tulang selangka di bahagian bahu kiri mangsa telah patah dan memerlukan rawatan lanjut selepas itu,” jelas sumber.

Peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua pelajar asrama bahawa mereka yang mempunyai tabiat gemar mengigau ketika tidur waktu malam tidak digalakkan untuk tidur di tingkat atas katil pada masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment