Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 January, 2012


Originaly written by Abang Hipeni Abang Ashim. JTS Betong

Other news reference  also at Utusan Sarawak Betong written by Hamimi Kassim 

Betong : Isu merampas tanah rakyat sering digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang di negeri ini, dan merupakan ‘senjata’ bagi pihak pembangkang untuk meraih sokongan untuk membenci Kerajaan semata-mata untuk kepentingan peribadi terutamanya pada musim pilihan raya.

Sebagai bukti yang Kerajaan tidak pernah merampas tanah rakyat adalah dengan adanya majlis penyerahan cek pampasan tanah bagi projek Jalan Ng Linsum/Mara/Melanjan/Jelang/Luing/Kerapa sejauh 8.1km, Jalan Mara/Selangking/Kerapa/Luing/Temedak sejauh 17.3km dan Jalan Luing/Gerugu/Penyuin/Ijok/Muman sejauh 7.2km yang berjumlah RM4.2 juta kepada 262 orang penerima di Rumah Lanyau anak Jembu @ Johnical, Ng Linsum, Layar, Betong.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri ( Dr. ) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sarawak.

Beliau berkata, rampasan tanah rakyat sebenar tidak berlaku seperti yang diperkatakan oleh pihak pembangkang yang sengaja membangkitkan isu tersebut di kawasan pendalaman.

Dengan terbinanya perhubungan jalanraya itu kelak, beliau yakin yang perjalanan penduduk dari kawasan pendalaman yang selama ini untuk pergi ulang-alik ke Bandar Betong mengambil masa satu hari menggunakan perahu. Kini dengan adanya jalanraya tersebut, kita boleh pergi ke Bandar Betong pada bila-bila masa dan perjalanan pergi balik dapat dipendekkan tanpa menggunakan pengangkutan air lagi.

“Jadi isu merampas tanah rakyat ( tanpa sebarang pampasan ) tidak berlaku selama ini seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang,” malahan Kerajaan melalui Inisiatif Baru NCR telah mengiktiraf semua tanah di kawasan Ulu Layar, Betong sebagai tanah NCR. Proses pengukurannya telahpun siap dan kini menunggu masa untuk diwartakan sebagai Rezab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Semenjak tahun 2008 sehingga hari ini, jumlah pampasan yang telah dibayar di Bahagian Betong adalah sebanyak RM15.3 juta yang melibatkan seramai 2,107 orang penerima bagi 49 buah projek. Apakah itu dikatakan merampas tanah rakyat, malahan pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan di kawasan pendalaman adalah untuk kepentingan rakyat juga. Justeru itu, dakwaan mengatakan Kerajaan merampas tanah rakyat ternyata tidak berasas dan jika dilihat kepada jumlah pampasan yang telah dibayar.

Jabu menyeru agar rakyat di kawasan pendalaman tidak mudah terpedaya dengan muslihat pihak pembangkang yang hanya datang pandai menabur janji kosong demi kepentinganya apabila menjelang pilihanraya.

Hadir sama adalah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Kebajikan Sarawak, Yang Berhormat Robert Lawson Chuat, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, wakil Penguasa Tanah dan Survei Betong, Encik Bakeri Samsudin, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat serta para tetamu lain.


Majlis diadakan pada 08.01.2012 ( Ahad )

No comments:

Post a Comment