Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2012

Nyalau puji sikap prihatin penduduk Lubok Antu


Caption: TERIMALAH...Nyalau (kanan) menyerahkan cek peruntukan kerajaan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh tetamu yang lain ketika berlangsungnya majlis lawatan itu kelmarin.

LUBOK ANTU, Rabu (11 Jan) –William Nyalau Badak memuji sikap penduduk dalam kawasan Parlimen Lubok Antu yang tidak mempercayai dakwaan palsu mengenai masalah kesihatan beliau selama ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu itu berkata terdapat segelintir pihak yang menyebar berita negatif mengenai tahap kesihatan dirinya ketika beliau berehat sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan jantung di Institusi Jantung Negara pada tahun lepas.

“Saya banyak menerima panggilan daripada Tuai Rumah, sanak-saudara dan rakan-rakan yang ingin mengetahui keadaan sebenar kesihatan saya berhubung penyebaran berita palsu berkenaan.

“Sikap orang seperti harus dipuji kerana rela mendengar sendiri penjelasan daripada saya berbanding mendengar cerita palsu berhubung perkara itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Lawatan Ke Rumah Janggong, Bui Ran, Lubok Antu kelmarin.

Nyalau juga turut melahirkan rasa bangganya terhadap Tuai Rumah dalam kawasan Parlimen Lubok Antu yang tidak mempercayai khabar angin mengenai kesihatan diri beliau selama ini.

Ia menurut beliau sekaligus membuktikan bahawa para Tuai Rumah di kawasan Lubok Antu bersikap prihatin dan sedar tentang niat pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan imej beliau serta kerajaan selama ini.

“Saya yakin bahawa akan lebih banyak pembohongan dan fitnah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai diri beliau dan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

“Justeru saya berharap agar rakyat di kawasan Lubok Antu tidak mudah termakan segala pembohongan dan dakyah palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu menjelang pilihan raya kelak,” katanya.

Tamat.






No comments:

Post a Comment