Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2012

Nur Farhana dan Siti Asmah hilang dari rumah semenjak 11 Januari lepas


Mugshot: MINTA DIJEJAKI...

1. NUR FARHANA ZULKIPLI (gambar atas)

2 . SITI ASMAH AHMAD

SRI AMAN, Sabtu (14 Jan) – Orang ramai diminta untuk menjejaki dua orang remaja perempuan berusia 16 tahun dari kawasan Bandar Sri Aman yang dipercayai hilang semenjak 11 Januari lepas.

Mereka yang dipercayai hilang adalah Nur Farhana Zulkipli dari No.35 Taman Allmanda, Jalan Hollis dan Siti Asmah Ahmad dari No.1484, Kampung Muhibbah, Sri Aman.

Kehilangan remaja perempuan ini telah dilaporkan di Balai Polis Sri Aman pada 12 Januari oleh ibu mereka iaitu Dayang Misiah Awang Rabai (ibu Asmah) pada jam 10.40 pagi dan Lila Tinggal (ibu Nur Farhana) pada jam 6.57 petang.

Menurut kedua-dua laporan polis berkenaan Nur Farhana telah keluar rumah sekitar jam 3.20 petang pada 11 Januari lalu kerana mahu menghadiri kelas tambahan di sekolahnya iaitu SMK Sri Aman.

Nur Farhana kemudiannya menemui sepupunya Siti Asmah di Kampung Muhibbah dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Kancil berwarna merah untuk membawa beliau ke perpustakaan.

Semenjak dari itu kedua-dua mereka dilaporkan langsung tidak pulang ke rumah hingga ke masa sekarang sehingga ibubapa kedua-dua pelajar perempuan tersebut membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Kedua-dua mereka iaitu Asmah memakai tudung berwarna merah jambu, baju berbunga, berseluar jean dan membawa beg tangan manakala Nur Farhana memakai jaket berbelang, seluar legging warna hitam dan membawa beg tangan warna coklat muda ketika hilang dari rumah.

Justeru orang ramai yang mengenali kedua-dua remaja perempuan ini boleh menghubungi Zulkipli Abdullah (bapa Nur Farhana) di talian telefon 012 8503307 atau 011- 12015547 dan Dayang Misiah (ibu Asmah) di talian 010 – 5959324 , 014 8998784  atau 011- 15905643.

Tamat.

No comments:

Post a Comment