Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2012

Mujab sudah nikah bertunang

Caption: TAHNIAH...Stonton bersama tunangnya iaitu Linda ketika diapit oleh Nyalau (kiri sekali) dan Naga (kanan sekali) pada majlis pertunangan di Kampung Panjai Ruai, Lubok Antu pada 1 Disember lepas.

LUBOK ANTU, Jumaat (6 Jan) – Watak kapsul popular dari siaran radio Bahagian Iban, Wai FM, iaitu Mujab telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama pasangan hidupnya di Kampung Panjai Ruai, Lubok Antu pada 1 Januari lepas.

Pembawa watak kapusl berkenaan iaitu Stonton James Jaga, 28, telah selamat pun melangsungkan majlis pertunangan bersama Linda Ingai, 25, yang kini bekerja sebagai operator di Kilang Taiyo Yuden, Kuching.

Populariti beliau menyebabkan majlis itu menjadi tumpuan lebih daripada 300 orang penduduk dengan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Nelson Naga Alam iaitu bekas Setiausaha Sulit kepada mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot hadir sama pada majlis berkenaan.

Stonton ketika ditemui berkata beliau bersama isteri akan hadir ke Pejabat Pendaftaran Bahagian Sri Aman pada 25 Januari ini untuk mendaftarkan perkahwinan beliau bersama bakal isterinya.

“Jodoh sudah mentakdirkan kami berdua (Linda) untuk hidup bersama. Justeru kami berdua mungkin akan mengadakan majlis perkahwinan selepas bulan Jun pada tahun ini,” kata anak jati dari Kampung Sebangki Panjai, Lubok Antu berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat dan semua penduduk yang telah hadir bagi memeriahkan suasana majlis pertunangannya pada malam 1 Disember berkenaan.

Terdahulu Stonton pernah menjadi juruhebah sambilan di Bahagian Iban, RaSA FM @ RTM Sri Aman selama satu tahun di bawah tunjuk ajar juruhebah di situ iaitu Edwin Nanggah.

Tuah menyebelahi beliau pada tahun lepas setelah diterima untuk menjadi juruhebah radio sepenuh masa di Stesen Radio Wai FM, Kuching bersama dua orang lagi bekas juruhebah sambilan di RaSA FM sebelum itu iaitu Stephanie Jeff dan Ken Michael.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya mempopularkan Stesen Radio Bahagian Iban, Wai FM dikalangan pendengar radio dari Sarawak dan Brunei setelah memperkenalkan segmen komedi Bunyau (Ken) dan Mujab (Stonton) dengan Stephanie selaku Girl Misi.

Antara tajuk segmen popular Bunyau Dan Mujab yang pernah berkumandang di Stesen Radio Bahagian Iban, Wau FM selama ini ialah Back From Singapore, Karaoke, Facebook, Nubai dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment