Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2012

Kerajaan tak abai naiktaraf sekolah - Nyalau


Caption: TERIMA KASIH...Nyalau (kiri) menerima cenderamata daripada Othman (kanan) sambil disaksikan oleh Obey (tengah), Baba (tiga kiri) dan tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

ENGKILILI, Rabu (4 Jan) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya memberi keutamaan untuk membangunkan kemudahan sesebuah sekolah itu demi keselesaan para guru dan pelajarnya.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata pembangunan kemudahan sesebuah sekolah terbabit secara tidak langsung akan memberi impak positif terhadap peningkatan prestasi akademik pelajar.

“Suasana pembelajaran lebih selesa dan konduktif akan memberi pengaruh terhadap keputusan akademik para pelajar yang dijayakan oleh para warga pendidik sekolah terbabit selepas itu.

“Justeru atas sebab ini kerajaan telah pun memperuntukan sebanyak RM1 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili bagi tujuan penyelenggaraan sekolah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang bersempena dengan persaraan bekas Pengetua SMK Engkilili, Haji Mohammad Obey di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu / Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan para guru khasnya mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar agar melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik demi melahirkan golongan modal insan berkualiti selepas ini.

“Saya berharap agar golongan guru di kawasan luar bandar terus menjalinkan hubungan kerjasama terhadap para ibubapa demi memastikan kelancaran proses pendidikan di sekolah masing-masing dari masa ke semasa.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SMK Engkilili.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu, Penolong Kanan I SMK Engkilili, Mohd Othman bin Jalani dan bekas pengetua sekolah menengah berkenaan iaitu Haji Mohammad Obey.

Tamat.


No comments:

Post a Comment