Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2012

Kemenangan BN pada PRU13 adalah amat penting - Nyalau

Caption: TERIMA KASIH...Nyalau (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Regi (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

LUBOK ANTU, Khamis (12 Jan) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah amat penting demi menjamin kestabilan politik di negara ini khasnya di Sarawak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Regi, Uyau, Ulu Lemanak, Lubok Antu kelmarin.

Kemenangan BN pada PRU13 kelak menurut beliau juga adalah amat penting demi memastikan kesinambungan transformasi pembangunan yang mencakupi projek penyediaan infrastruktur dan ekonomi di negara ini.

“Ketidakstabilan politik hanya akan mengundang masalah huru-hara kepada rakyat. Implikasinya sangat besar sehingga ia boleh menjejaskan pelan pembangunan kerajaan di negara ini.

“Justeru saya menyeru semua penduduk khasnya dari kawasan luar bandar untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN pada PRU13 akan datang demi kebaikan mereka sendiri,” katanya.

Selain itu Nyalau menerusi majlis berkenaan juga turut mengumumkan pembinaan Mini Micro Hydro untuk Rumah Regi, Unyau dan Projek Ekonomi untuk penduduk di kawasan Ului Bawi, Lubok Antu.

Projek ekonomi terbabit jelas beliau akan membekalkan benih anak getah yang bermutu tinggi kepada penduduk miskin di kawasan terbabit demi mengangkat status ekonomi mereka di masa akan datang.

“Kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi membantu penduduk miskin ini (dari kawasan Ulu Bawi) keluar dari kelompok kemiskinan menerusi projek ekonomi berkenaan,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment