Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2012

Kampung Pulau Seduku, Lingga anjur Majlis ambutan Tahun Baru 2012



Caption:

1. TAHNIAH...KK Salleh (kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang penduduk ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

2. MERIAH..Para penduduk Penempatan Seduku Lingga sedang menari ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

LINGGA, Ahad (8 Jan) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampunmg (JKKK) Pulau Seduku, Lingga nyata tidak ketinggalan memeriahkan suasana sambutan Tahun Baru 2012 di sini baru-baru ini.

Ia terbukti apabila JKKK berkenaan telah mengadakan Majlis Sambutan Di Ambang Tahun Baru 2012 yang membabitkan lebih daripada 100 orang penduduk di kawasan penempatan baru terbabit.

Ketua Kampung Penempatan Baru Pulau Seduku, Mohd Salleh Jon ketika berucap pada majlis berkenaan berkata aktiviti seperti ini bertujuan untuk menghimpunkan semua penduduk dalam kawasan penempatan terbabit.

Majlis Sambutan Di Ambang Tahun Baru 2012 kata beliau boleh mewujudkan hubungan perpaduan yang kukuh disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim dikalangan mereka selepas ini.

“Kami mahu semua penduduk Penempatan Baru Pulau Seduku, Lingga terus bersatu di bawah satu bumbung JKKK dalam menjayakan pelbagai aktiviti pembangunan kawasan ini dari masa ke semasa.

“Harapan kami ialah agar Penempatan Baru Pulau Seduku terus maju seiring dengan lain-lain penempatan penduduk di Lingga dengan adanya hubungan kerjasama yang erat dikalangan semua penduduk,” katanya.

Terdahulu Majlis Sambutan Di Ambang Tahun Baru 2012 ini telah dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke, persembahan poco-poco, tarian Shuffle, Bermukun dan sumbangan duit bantuan pelajar sekolah kepada 59 orang dari JKKK itu sendiri.

Lembaga Pemulihan Dan Penyatuan Tanah Persekutuan atau FELCRA turut menyerikan suasana sambutan Majlis Sambutan Di Ambang Tahun Baru 2012 itu berkenaan dengan menaja hadiah pertandingan karaoke.

Tamat.


No comments:

Post a Comment