Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2012

IPD Lubok Antu catat kejayaan selesai kes sepanjang tahun 2011

Caption: SERIUS...Seorang anggota polis IPD Lubok Antu berdiri di hadapan DSP James sebelum menerima sijil penghargaan pada majlis itu hari ini.

ENGKILILI, Khamis (12 Jan) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu telah berjaya menyelesaikan beberapa buah kes yang telah berlaku sepanjang tahun 2011 demikian menurut Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Jonathan.

Antara kes yang telah berjaya diselesaikan oleh IPD Lubok Antu ini menurut beliau adalah merupakan kes samun yang dicatatkan berlaku pada 24 dan 25 Oktober tahun lepas.

Pada 24 Oktober 2011 katanya, seorang wanita warganegara Indonesia telah disamun oleh dua orang lelaki dan dua orang wanita di simpang jalan Lubok Antu yang membabitkan wang tunai berjumlah RM120,000 serta 10,000 barang kemas.

“Pihak polis kemudiannya melancarkan siasatan menerusi kaedah fotofit dan berjaya menahan dua orang saspek dalam tempoh enam hari yang kini dituduh bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya ketika berucap pada Upacara Perhimpunan IPD Lubok Antu yang berlangsung di perkarangan Balai Polis Engkilili hari ini.

Bagi kes 25 Oktober pula, seorang pemandu lori berketurunan Cina kata beliau telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan tiga orang lelaki bertopeng yang telah menyamun sejumlah RM14,000 wang milik beliau di simpang Engkilili.

Hasil siasatan kurang dari 24 jam oleh pihak polis kata James kemudiannya mendapati bahawa laporan terbabit adalah palsu dengan lelaki tersebut akan didakwa bawah Seksyen 182 berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

“Atas sebab ini IPD Lubok Antu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu memandangkan pihak polis akan membuat siasatan terperinci dan akan mendakwa mereka yang didapati membuat laporan palsu berkenaan,” katanya.

Selain itu pihak polis menurut beliau juga telah berjaya menumpaskan beberapa aktiviti penyeludupan barang dan orang di sempadan Indonesia dengan 26 orang Pendatang Asing Tanpa Izin sudah pun dihadapkan ke mahkamah berhubung kes ini.

Oleh itu James telah mengingatkan mana-mana individu atau majikan agar tidak menggaji pendatang asing yang tidak mempunyai permit kerja di negara ini jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

“IPD Lubok Antu juga akan mengadakan Ops Sikap Antarabangsa bermula 17 hingga 30 Januari ini dengan mengadakan sekatan jalan atau pemerhatian di kawasan yang kerap berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau turut mempelawa orang ramai ke Balai Polis Lubok Antu ketika berlangsungnya Hari Polis Bersama Pelanggan pada setiap hari Khamis (minggu pertama) dan Hari Sabtu (minggu ketiga) untuk memberi cadangan kepada pihak mereka selepas ini.

Terdahulu sejumlah empat pegawai kanan, 48 anggota lain-lain pangkat, lima polis bantuan dan 11 orang kakitangan awam telah mengikuti Upacara Kawad Bulanan di Balai Polis Engkilili terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment