Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2012

Individu yang layak baru boleh jadi Tuai Rumah - Nyalau


Caption: APA KHABAR? Nyalau berbual mesra bersama rakyat ketika tiba untuk merasmikan majlis di Tinting Lalang, Lubok Antu hari ini.

LUBOK ANTU, Sabtu (7 Jan) – Kerajaan Negeri akan menilai sikap mana-mana individu yang terdapat sesebuah rumah panjang berkenaan sebelum ia layak dilantik sebagai Tuai Rumah selepas itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak menjelaskan perkara ini ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Abel, Tinting Lalang, Lubok Antu hari ini.

Setelah nama individu berkenaan dipilih, rakyat di rumah panjang itu sendiri kata beliau akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada beliau layak untuk memegang jawatan tersebut.

“Hasil mesyuarat berkenaan akan dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Residen sebelum ia dihantar kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tujuan kelulusan.

“Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri kemudiannya akan merujuk nama terbabit kepada wakil rakyat di kawasan itu untuk tujuan pandangan. Dengan kata lain perlantikkan Tuai Rumah bergantung sepenuhnya kepada budi bicara pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

Selain itu seseorang individu itu kata Nyalau perlu mempunyai sikap yang baik dan jika ingin menjadi Tuai Rumah dan bukannya bersikap seperti samseng yang gemar memecah-belahkan hidup rakyat di rumah panjangnya.

Malah seseorang Tuai Rumah katanya harus mahir dalam selok-belok adat resam rumah panjang dan tidak mudah marah terhadap kerajaan kononnya berlaku ketidakadilan dalam perlantikkan Tuai Rumah selepas itu.

“Lagipun individu yang telah dilantik menjadi Tuai Rumah juga perlu menyokong penuh Barisan Nasional (BN) memandangkan gaji untuk jawatan tersebut dibayar sepenuhnya oleh pihak kerajaan,” katanya.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Panjang Abel, Tinting Lalang, Lubok Antu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu, James Resa, Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Tamat

No comments:

Post a Comment