Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2012

Ibubapa remaja hilang teruskan pencarian


Caption:  RAYU PULANG...Zulkipli (kanan) dan isteri (Lila) merayu anaknya iaitu Nur Farhana dan sepupu iaitu Siti Asmah kembali pulang ke pangkuan keluarga selepas ini.

SRI AMAN, Isnin (16 Jan) – Kasih kepada anak membuatkan seorang bapa tidak berputus asa untuk menjejaki anak perempuannya yang telah hilang dari rumah semenjak 11 Januari lepas.

Zulkipli Abdullah, 40, bapa kepada Nur Farhana, 16, yang hilang bersama sepupunya iaitu Siti Asmah Ahmad, 16, semenjak dari tarikh berkenaan masih lagi meneruskan pencarian bersama isterinya Lila binti Tinggal hingga sekarang.

“Walau di mana sekali pun mereka berada saya merayu agar anak saya (Farhana) dan sepupunya Siti Asmah menghubungi kami di sini selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Zulkipli bersama isterinya Lila, 39, bimbang akan keselamatan anaknya Farhana dan justeru meminta orang ramai yang ternampak mereka berdua (termasuk Asmah) bertindak terus menghubungi beliau mulai sekarang.

Beliau bersama isteri begitu juga dengan keluarga Siti Asmah akan tetap menerima kembali kepulangan anak kesayangan mereka dengan hati terbuka walaupun telah menghilang diri dari rumah semenjak hari berkenaan.

“Kami tidak akan memarahi mereka jika mereka pulang kembali selepas ini. Saya berharap agar mereka faham bahawa ibubapa mereka tidak senang tidur dan gelisah berhubung kehilangan mereka semenjak hari itu,” katanya.

Orang ramai boleh berbuat demikian dengan menghubungi beliau di talian telefon 012 8503307 atau 011- 12015547 dan Dayang Misiah (ibu Asmah) di talian 010 – 5959324 , 014 8998784  atau 011- 15905643.

Terdahulu kes kehilangan Nur Farhana dan Siti Asmah telah dilaporkan di Balai Polis Sri Aman pada 12 Januari oleh ibu mereka iaitu Dayang Misiah Awang Rabai (ibu Asmah) pada jam 10.40 pagi dan Lila Tinggal (ibu Nur Farhana) pada jam 6.57 petang.

Utusan Sarawak turut dimaklumkan bahawa bapa kepada Siti Asmah iaitu Ahmad menerima panggilan daripada seorang individu di Debak, Betong yang melaporkan bahawa kedua-dua mereka dilihat berada di dalam sebuah van yang mahu menuju ke Kuching sejurus artikel mengenai kehilangan mereka terbit dalam Mingguan Sarawak, kelmarin.

Tamat

No comments:

Post a Comment