Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2012

Chee Chuan Khor Simanggang sumbang angpow Tahun Baru Cina 2012


Caption: UNTUK ALBUM...Kapitan Kuek (tengah) ketika bersama Lim (kanan) bersama kakitangan Hospital Bahagian Sri Aman dan ahli Chee Chuan Khor Simanggang sebelum bermulanya majlis sumbangan itu kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (14 Jan) – Seramai 45 orang pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman menerima Angpow berupa duit dan barangan makanan bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2010 pada bulan Februari ini.

Kesemua 45 orang pelatih berkenaan telah menerima sumbangan hasil tajaan Persatuan Chee Chuan Khor (Moral Uplifting Society) Simanggang menerusi majlis yang berlangsung di pusat pemulihan berkenaan pada jam 9 pagi kelmarin.

Sumbangan ini telah pun disampaikan kepada PDK Sri Aman oleh Ketua Pergerakan Wanita Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Lim Shiang Ngo sambil disaksikan oleh kakitangan PDK dan ahli pergerakan wanita yang lain.

Terdahulu Ngo ketika ditemui menjelaskan bahawa sumbangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak persatuannya pada setiap tahun.

Ia bertujuan untuk membolehkan semua lapisan masyarakat termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sama-sama merasai kemeriahan suasana sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

“Golongan OKU juga perlu diberi perhatian dan kasih sayang. Justeru pihak kita tampil pada hari ini untuk memberikan Angpow berupa barangan makanan dan duit kepada kesemua 45 orang pelatih dalam PDK berkenaan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar sumbangan terbabit menceriakan lagi para pelatih dalam PDK Sri Aman menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini nanti.

Hadir sama ialah Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng, Ketua Seksyen Kebajikan Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Chai Tze Hiung, setiausaha pergerakan wanita, Yap Ing Ing.

Terdahulu Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang juga turut menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada 48 orang pesakit Hospital Bahagian Sri Aman kelmarin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment