Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 January, 2012

BSMM cabang Sri Aman bantu mangsa kebakaran rumah Mallang


Caption: IKHLAS...Mashora (kanan sekali ) ketika bersama ahli BSMM cabang Sri Aman menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran Rumah Mallang kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (9 Jan) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah turun padang untuk membantu penduduk Rumah Mallang Ungap, Lubau, Layar, Betong yang ditimpa musibah awal pagi kelmarin.

Terdahulu sejumlah 200 orang penduduk daripada 31 buah keluarga dari Rumah Mallang Ungap, Lubau, Layar, Betong tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api sekitar jam 2.30 pagi pada hari Ahad lepas.

Siaran media memberitahu BSMM cabang Sri Aman menerusi Pengerusi Bencana Alam pertubuhan terbabit iaitu Mas Mashore Haji Maslem telah menyampaikan sumbangan berupa bantal, pakaian, selimut, tilam dan produk kebersihan kepada mangsa berkenaan.

Hadir sama pada upacara ringkas penyerahan bantuan ini ialah Setiausaha BSMM cabang Sri Aman, Charles Tay, Pegawai Bahagian Belia (BSMM), Jothiswaran dan ahli BSMM cabang Sri Aman yang lain.

Mashore menerusi kenyataan itu meminta kerjasama orang ramai dari sekitar bandar Sri Aman untuk menderma pakaian terpakai masing-masing kepada BSMM untuk disalurkan kepada keluarga mangsa kebakaran terbabit selepas ini.

Katanya sumbangan mereka amat penting demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran berkenaan selepas ini.

“Orang ramai boleh menghulurkan pakain terpakai kepada keluarga mangsa dengan menghantar bantuan terbabit ke pusat operasi BSMM cabang Sri Aman dekat bulatan Jalan Hospital,” katanya.

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati mengendalikan barangan yang berasaskan sumber elektrik atau bahan api dari masa ke semasa demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment