Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2012

14 anggota polis, dua kakitangan awam IPD Sri Aman terima sijil khidmat cemerlang

Caption: TAHNIAH...DSP Jusoh menyampaikan sijil kepada seorang anggota polis IPD Sri Aman ketika berlangsungnya Upacara Kawad Bulan di sini hari ini.

SRI AMAN, Khamis (12 Jan) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah mengadakan Upacara Kawad Bulanan 2012 yang berlangsung di padang kawad ibupejabat polis tersebut hari ini.

Upacara Kawad Bulanan 2012 ini bermula sekitar jam 7.30 pagi dengan sembilan orang pegawai kanan, 73 orang anggota lain-lain pangkat dan 19 orang kakitangan awam IPD Sri Aman berhimpun di padang kawad tersebut.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputy Superintenden Police (DSP) Mat Jusoh bin Muhammad kemudiannya tiba pada jam 8 pagi untuk menerima tabik hormat daripada anggota pada upacara itu.

Sebaik sahaja selesai upacara tabik hormat tersebut, Jusoh telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 16 orang anggota IPD Sri Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang bagi sepanjang tempoh tahun 2010.

Mereka adalah Cif Inspektor Mohamad Nizam Bujang, Sarjan Ng Anam, Kopral Brian Berandut, Kopral Yusof Deli, Kopral Junaidi Rajali,  Kopral Winston Loius Vincent,  Kopral Mariadi Mayeng, Kopral  Merdeka Nyupi, Kopral Hanis Nurhasyikin Abdullah , Lans Kopral Kolbe Martyn Patit, Lans Kopral Kalsum Daud dan Lans Kopral Julia Ahad.

Turut menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada upacara kawad itu adalah Kopral (Sokongan) Yakub Man, Lans Kopral (Sokongan) Liang Labon serta dua orang kakitangan awam IPD Sri Aman iaitu Norhani Yusnita Abdullah dan Syukrie Salleh.

Upacara Kawad Bulanan 2012 ini kemudiannya selesai dengan semua anggota bersurai setelah Jusoh menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada para penerima yang layak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment