Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

Bong dan Bong nafi sokongan Krai jadi calon SUPP di Engkilili


Caption: BERSIHKAN NAMA KAMI! Bong Kee Kiun (kiri) dan Bong Jin Choon (kanan) ketika ditemui media berhubung isu terbabit hari ini.


ENGKILILI, Ahad (27 Feb) – Bekas calon SUPP untuk kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri 2006 iaitu Jonathan Krai Pilo didakwa bukan memberi sumbangan kepada Persatuan To Pak Kong Jelukong seperti yang dilapor dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris pada 26 Februari lepas.

Individu yang dikatakan sebagai Pengerusi To Pak Kong Jelukong menerusi siaran berita berkenaan iaitu Bong Kee Kiun mendakwa Krai hanya membayar hutang kepada beliau dan bukannya menderma untuk persatuan terbabit.

“Gambar dalam kedua-dua akhbar itu menunjukkan Krai menyerahkan wang dalam sampul surat kepada saya dan sekaligus menyakinkan orang ramai bahawa Persatuan To Pak Kong Jelukong menerima sumbangan daripada beliau.

“Hakikat sebenarnya ialah beliau sebelum ini pernah meminta saya untuk membeli dahulu bendera bernilai RM120 buat pihak To Pak Kong Marup. Justeru wang itu adalah bayaran kembali kepada saya kerana membeli bendera berkenan,” jelas beliau.

Selain itu Bong turut mendakwa tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam kedua-dua akhbar tempatan bertarikh 26 Februari itu berhubung isu sokongan orang Cina kawasan Engkilili terhadap Krai.

Sementara itu seorang lagi individu yang dinyatakan dalam berita terbabit iaitu Kapitan Bong Jin Choon juga mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pembangunan dan krisis kepimpinan Dr Johnnical Rayong Ngipa selaku ADUN Engkilili.

“Kedua-dua kami masih menyokong Rayong sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik SUPP pada pilihan raya negeri kelak. Segala komen kami dalam berita terbabit hanyalah rekaan Krai semata-mata,” jelas beliau.

Tamat….

RELA puas hati terhadap kerjasama penduduk semasa Program Sejia Senada Sri Aman 2011


Caption: SEDIA BERKHIDMAT...Joshua (dua kanan) ketika bersama anggota RELA yang bertugas untuk memastikan kelancaran Program Sejiwa Senada bermula 25 hingga 27 Februari lepas.


SRI AMAN, Ahad (27 Feb) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman melahirkan rasa puashati mereka terhadap kerjasama yang diberikan oleh orang ramai ketika berlangsungnya Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman di Padang Lama KPSU Sri Aman semenjak 25 Februari lepas.

Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD) Sri Aman, Mejar Joshua anak Ijau berkata pihaknya tidak menerima sebarang rungutan atau rasa tidak puashati daripada pengunjung berhubung isu keselamatan ketika berlangsungnya program berkenaan.

“Kesemua pengunjung patuh dan mendengar segala arahan keselamatan yang kita berikan kepada mereka ketika memeriahkan suasana sambutan Program Sejiwa Senada di padang ini.

“Justeru diharap agar pihak RELA dengan kerjasama polis dapat mengekalkan situasi keselamatan seperti ini bagi mana-mana penganjuran majlis rasmi dalam Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Pihak RELA kata Joshua bertugas telah selama 24 jam semenjak 25 Februari untuk menjaga kawasan tapak penganjuran Program Sejiwa Senada disamping memastikan kelancaran pelbagai aktiviti yang berlangsung pada program itu.

Terdahulu Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adon, ketika ditemui memberitahu seramai 60 orang anggota RELA Daerah Sri Aman dipanggil untuk bertugas ketika berlangsungnya program terbabit dari 25 hingga 27 Februari.

“33 orang anggota bertugas pada hari pertama (25 Februari). 58 orang anggota pula bertugas pada hari kedua sambutan program terbabit manakala 33 orang anggota pula bertugas pada hari ini (27 Feb),” katanya.

Tamat.

Jangan mudah keliru dengan kenyataan pembangkang kata Rayong


Caption: MANFAATKAN...Rayong (tengah) menyampaikan cek kepada wakil penerima sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Ahad (27 Feb) – Rakyat kawasan Engkilili diminta agar tidak terkeliru dengan kenyataan pelbagai pihak berhubung isu politik yang sedang berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili selepas ini.

Wakil rakyatnya Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan dua buah akhbar tempatan bertarikh 26 Februari lepas berhubung sokongan rakyat Cina terhadap beliau sempena pilihan raya negeri kelak.

“Senario ini biasa berlaku menjelang pilihan raya. Apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan berhubung isu projek pembangunan dalam kawasan Engkilili dan sokongan rakyat kaum Cina terhadap saya nyata tidak benar sama sekali.

“Segala projek pembangunan yang saya nyatakan terhadap rakyat sebenarnya sedang dilaksana pada waktu sekarang begitu juga dengan sokongan politik yang padu daripada majoriti rakyat kaum Cina kawasan Engkilili terhadap saya selama ini,” katanya.

Rakyat kawasan DUN Engkilili kata Rayong harus yakin bahawa beliau adalah calon yang dipilih untuk mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik BN (Barisan Nasional) – SUPP pada pilihan raya negeri akan datang.

Justeru Rayong berharap agar rakyat kawasan DUN Engkilili tidak berpaling tadah daripada kerajaan BN dengan mengundi pihak pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang.

“Saya bersama rakan iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak akan sentiasa turun padang membantu rakyat di kawasan ini. Jangan dengar tohmahan pihak pembangkang mengenai kerajaan selepas ini,” katanya.

Terdahulu Rayong telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Gereja Saint Michael Lubok Antu manakala Nyalau pula menyampaikan cek MRP bernilai RM30,000 juga kepada gereja berkenaan.

Tamat.

Sokanjaya JKR Betong terima kunjungan Sokanjaya Sarikei






Caption:

1. ERAT SILATURAHIM...Ahli Kelab Sokanjaya JKR Betong dan Sarikei bergambar kenangan pada sesi kunjungan itu baru-baru ini.

2. UNTUK KENANGAN...Pasukan bola jaring Kelab Sokanjaya JKR Betong dan Sarikei bergambar kenangan sebelum bermulanya perlawanan persahabatan antara dua pihak.


SARATOK, Ahad (27 Feb) – Hubungan silaturahim antara Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan Sarikei telah diserikan lagi dengan aktiviti kunjungan serta sukan di JKR Daerah Saratok baru-baru ini.

Setiausaha Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong, Flaurine Engkamat berkata kunjungan seramai 40 orang ahli Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei pejabat JKR Daerah Saratok ini bertujuan untuk membalas kembali lawatan oleh pihaknya ke Sarikei pada tahun lepas.

“Sesi kunjungan ini telah kita meriahkan dengan acara perlawanan bola sepak dan bola jaring antara pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong dan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei,” katanya.

Bagi perlawanan bola jaring yang berlangsung di perkarangan pejabat JKR Daerah Saratok menyaksikan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong muncul pemenang dengan kiraan mata 19 – 9 terhadap pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei.

Manakala itu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Saratok menyaksikan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong berjaya menumpaskan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei jaringan gol 3 – 1.

“Aktiviti kunjungan ini kemudiannya disambung dengan Majlis Makan Malam di perkarangan Pejabat JKR Daerah Saratok dan mereka yang hadir telah pun disajikan sesi karaoke dan tarian poco-poco,” kata Flaurine.

Terdahulu Kelab Sokanjaya Bahagian Betong dan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei telah berjaya menjalinkan hubungan silaturahim melalui aktiviti berbalas kunjungan selama ini.

Bagaimanapun aktiviti ini boleh dianggap sebagai salah satu aktiviti pemanas badan oleh Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong yang dijangka akan menerima beberapa lagi kunjungan dari kelab JKR bahagian lain selepas ini.

Tamat.

Penduduk Kampung Pantong dapat kemudahan sukan terbaru



Caption: KEMUDAHAN BARU...Belia Kampung Pantong, Simunjan ketika sedang bermain sepak takraw di atas padang rekreasi baru berkenaan.


SIMUNJAN, Ahad (27 Feb) – Penduduk Kampung Pantong Melayu, Simunjan melahirkan rasa lega memandangkan padang rekreasi baru bernilai RM10,000 sudah pun siap dibina dua bulan lepas.

Padang rekreasi berupa gelanggang sepak takraw hasil disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Haji Julaihi Haji Narawai, telah dibina secara gotong-royong di hadapan rumah Majais bin Ayub.

Ketua aktiviti gotong-royong berkenan iaitu Tenku Hadzir bin Wan Noh, 34, ketika ditemui memberitahu pihaknya telah berjaya menyiapkan projek tersebut dalam tempoh seminggu hasil kerjasama semua belia di kampung berkenaan.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan kerja pembinaan padang berkenaan,” katanya sambil berharap agar semangat kerjasama dikalangan para belia terbabit dapat dikekalkan selepas ini.

Manakala itu Malai bin Sani, 33, memberitahu penyediaan padang rekreasi baru di Kampung Pantong secara tidak langsung memudahkan golongan belia untuk beriadah di situ selepas ini.

Sebelum ini golongan belia Kampung Pantong Simunjan jelas beliau terpaksa beriadah di kawasan jalan raya sehingga boleh menimbulkan bahaya terhadap keselamatan diri mereka sendiri.

“Kami kini tidak perlu lagi bersusah payah mencari tempah beriadah pada setiap petang. Padang rekreasi baru ini membantu semua belia untuk bersukan pada setiap petang di Kampung Pantong Simunjan,” katanya.

Terdahulu Ketua Kaum iaitu Hamdan bin Sebeli ketika dihubungi melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih terhadap keprihatinan ADUN Sebuyau (Julaihi) berhubung masalah rekreasi penduduk Kampung Pantong sebelum ini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majais Ayub kerana membenarkan padang terbabit dibina hadapan rumahnya. Sumbangannya membolehkan para belia beriadah secara sihat dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa sumbangan wakil rakyat dan tuan tanah terhadap pembinaan padang rekreasi terbabit secara tidak langsung akan dapat mengelak golongan belia daripada berpeleseran dan melakukan kerja tidak berfaedah selepas ini.

Tamat.

Tan Yi Jie juara mewarna sempena program, Sejiwa Senada Sri Aman 2011



Caption:  FOKUS...Seorang peserta sedang sibuk mewarna ketika berlangsungnya pertandingan berkenaan hari ini.
Desmond Douglas Jerukan
SRI AMAN, Ahad –(27 Feb) Tuah menyebelahi Tan Yi Jie setelah beliau dinobatkan sebagai johan Pertandingan Mewarna bersempena dengan sambutan Program Senada Sejiwa peringkat Bahagian Sri Aman 2011 hari ini.
 
Murid dari Tabika Simanggang ini berjaya membawa pulang hadiah berupa hamper bagi pertandingan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasioanl Bahagian Sri Aman di Pentas Utama sambutan Program Sejiwa Senada, Padang Lama KPSU Sri Aman berkenaan.
 
Manakala itu Qveeni Hie dari Tadika Simanggang pula muncul sebagai naib johan bagi Pertandingan Mewarna ini sambil diikuti oleh Lee Hu Hua dari Tabika Methodist Simanggang yang menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.
 
Kedua-dua peserta turut membawa pulang hadiah berupa hamper hasil tajaan pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasioanl Bahagian Sri Aman pada program berkenaan.
 
Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Mewarna ini telah disempurnakan oleh Pengarah Unit Pemantauan Perlaksanaan Negeri Sarawak, Dr Razali Abon.
 
Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohamad Yusli Nassir dan Penguasa Tanah dan Survey Bahagian Sri Aman, Majuan Jaraie turut hadir sama bagi menyaksikan upacara terbabit.

Tamat.

Najib dapat TV. - sempena proGram Sejiwa SenaDa 2011 Sri Aman


Caption: TAHNIAH...Najib (kanan) menerima hadiah e-peraduan daripada Harden (kiri) ketika berlangsungnya program berkenaan kelmarin.


SRI AMAN, Isnin (28 Feb) – Jumlah kedatangan pengunjung ke Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman semenjak 25 hingga 27 Februari lepas adalah ketiga tertinggi berbanding lapan buah program yang berlangsung dalam negeri ini.

Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan Yian Hua ketika dihubungi memberitahu jumlah kedatangan pengunjung dikira berdasarkan kedatangan mereka ke tapak pameran Program Sejiwa Senada berkenaan.

“Jumlah kedatangan pengunjung yang kita rekodkan ialah 71,594 orang. Ini rekod ketiga tertinggi berbanding jumlah kedatangan pengunjung ke Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Limbang iaitu 90,452 orang dan Sarikei iaitu 87,644 orang,” katanya.

Selain itu sejumlah 1,714 orang penduduk mengambil bahagian dalam e-peraduan yang diadakan bersempena dengan Program am Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011.

Jumlah penyertaan ini kata Felicia sekaligus meletakkan Sri Aman sebagai kawasan kedua tertinggi berbanding penyertaan lebih daripada 2,000 orang penduduk yang pada e-peraduan sempena Program Sejiwa Senada di Lawas sebelum ini.

Terdahulu kakitangan teknikal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman atau RaSA FM iaitu Mohammad Najib Mustafa muncul pemenang pertama e-peraduan yang diadakan bersempena dengan program itu.

Beliau memperoleh hadiah berupa sebuah set televisyen bersaiz 50 inci yang ditaja oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis.

Hadiah tempat kedua pula diperoleh Suzie Suzina Melaban yang mendapat hadiah berupa sebuah motorsikal berjenama Demak tajaan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Hajah Rohani Karim.

Manakala iti Norzida Rosdi pula muncul pemenang tempat ketiga dengan memperoleh hadiah berupa sebuah peti ais berjenama Sharp hasil tajaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri.

Tamat.

Ibubapa main peranan didik anak, Dorris


Caption: JUARA! Kontinjen SK Nanga Klassen bergambar kenangan sebaik sahaja selesai kejohanan berkenaan.

- 28 Feb

Ibubapa berperanan penting dalam mengalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi menaikkan tahap disiplin dan prestasi akademik anak-anak di sekolah selepas ini.

Ini kerana aktiviti sukan menurut Ahli Dewan Negara, Senator Sophia Dorris Brody dapat menyumbang kepada tahap kecergasan tubuh badan dan otak anak masing-masing sepanjang masa.

“Selain daripada hobi, sukan dianggap sebagai salah satu bidang yang mendatangkan faedah memandangkan aktiviti seumpama itu mampu mempertingkatkan lagi daya kecergasan tubuh badan dan fungsi otak.

“Faktor kecergasan tubuh badan dan kelancaran fungsi otak ini seterusnya mampu memberikan kesan positif dari segi kecemerlangan akademik terutamanya terhadap anak-anak kita yang masih lagi menuntut di bangku sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang bagi Sekolah – Sekolah Zon Undop yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan KPSU Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Doris juga menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah amat penting bagi membentuk sahsiah murid disamping melahirkan para atlit yang berpotensi dan bersemangat waja pada masa akan datang.

Terdahulu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen muncul juara bagi Kejohanan Balapan dan Padang bagi Sekolah – Sekolah Zon Undop yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan KPSU Sri Aman berkenaan.

Sejumlah tujuh buah sekolah kebangsaan telah menyertai kejohanan sukan ini yang buat pertama kalinya diadakan buat Zon Undop bagi memilih atlit dari Zon Undop untuk menyertai kejohanan sukan akan datang.

Tamat.

Untung SCORE mampu melimpah ke Sri Aman


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Sanusi (kiri) ketika berlangsungnya program berkenaan sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.


SRI AMAN, Isnin (28 Feb) –Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebenarnya bakal menguntungkan penduduk dari luar kawasan wilayah perlaksanaan projek terbabit pada masa akan datang kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Ini kerana perlaksanaan SCORE kata beliau akan menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan modal yang tertinggi di dunia yang dengan nilai mencecah RM30 bilion apabila projek ini dilaksanakan nanti.

“Perlaksanaan SCORE meliputi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi iaitu kira-kira satu pertiga dari keluasan negeri Sarawak. Namun begitu perlaksanaan projek ini bakal memberi impak dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur terhadap penduduk dari luar kawasan wilayah SCORE.

“Ia termasuk fokus untuk membangunkan hidup penduduk secara berpusat, pembinaan rangkaian jalan raya persisiran pantai, penyediaan sebanyak 240,000 peluang kerja untuk penduduk dari luar wilayah projek SCORE dan banyak lagi,” katanya sambil menambah Sarawak akan muncul sebagai negeri terkaya dalam Malaysia menjelang tahun 2030.

Dengan adanya SCORE, kerajaan kata Harden juga akan dapat membangunkan beberapa kawasan bandar utama dengan mengekplotasi potensi ekonomi masing-masing seperti Kuching, Miri (petroleum), Sri Aman (Sawit) dan Sibu (hutan paya) serta beberapa kawasan lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Senada Sejiwa peringkat Bahagain Sri Aman 2011 bertempat di Padang Lama KPSU Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu Sarawak juga kata Harden dijangka mampu menjana hasil pendapatan sebanyak RM5 bilion setahun hasil dari perlaksanaan projek penanaman sawit di atas tanah berkeluasan satu juta hektar dalam negeri ini hasil perlaksanaan projek SCORE kelak

“Untuk maju, Sarawak tidak boleh hanya bergantung kepada industri pertanian. Kita sebaliknya turut bergantung industri yang dilaksana dalam projek SCORE ini dengan adanya juga penyaluran tenaga elektrik berkapisiti 28,000 megawat menjelang tahun 2030 kelak.

“Sebab itulah impak perlaksanaan SCORE memberi impak pembangunan terhadap penduduk dalam negeri Sarawak menjelang tahun 2030. Kita mempunyai daya tarikan modal tertinggi dunia bernilai RM30 bilion menerusi sumber tenaga dan industri yang kita tawar kepada pelabur luar selepas ini,” katanya.

Justeru beliau mahu semua penduduk untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan perlaksanaan SCORE memberi keuntungan kepada diri mereka dan anak cucu pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pengarah Unit Pemantauan Perlaksanaan Negeri Sarawak, Dr Razali Abon, penolongnya Charles Siaw, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebil Sanusi, timbalannya Felicia Tan dan Desmond Douglas Jerukan, para ketua jabatan dan penduduk di sini.

Tamat.

26 February, 2011

Part 3 - Hari kedua sambutan Program Sejiwa Senada Sri Aman 25 - 27 Februari

Promoter barang : "Abang abang adik kakak, produk ini mampu membantu menaikkan tekanan darah rendah dan tinggi,"
Makcik : "Ada jamu tak? Alah yang gitu gitu,"
Pakcik : "Yalah, pakcik tak strong sekarang ni. Kureng..,"

Pengunjung sedang membajiri kawasan gerai jualan beraneka sempena program berkenaan.

Antara produk yang dijual : keta kebal, sukhoi, peluru berpandu, koleksi gigi emas Sadam Hussein, selipar jepun Barak Obama, gula gula lolipop cap Shah Ruk Kan

Pakcik 1 : "Aku sudah lima jam tunggu sini tapi tada apa pun berlangsung,"
Pakcik 2 : "U tunggu pertandingan apa?"
Pakcik 1 : "Pertandingan Memancing,"

Vokalis lelaki : "Makcik aminah mencari katak, mencari katak di dalam longkang...yeh yeh yeh rock n roll men come on!!"
Vokalis wanita : "uuu ah uuuu ahhh katak menyanyi nyanyi...mari semua nyanyi beramai ramai, kita panggil hujan ini malam,"

Joshua, RELA : "Ok dengar ini. Sarjen, awak serang dari kandang itit. Kopral, awak tunggu belakang jamban. Prebet dan lans kopral, bila saya signal, awak cucuk burit mereka pakai cota. ada faham?"
Sarjan :"Kapten, ini program sejiwa senada. Bukannya rancangan Mission Imposibble,"
Kopral : "Yalah kapten...ada elaun tak?"

Residen SA, Rahman Sanusi : "YB Datuk 10 minit lagi pertandingan Miss World akan bermula,"
YB Datuk Harden : "Eh, ye kerr?? ok la saya cuci spek mata dulu hehehe,"

Part 2 - Hari kedua sambutan Program Sejiwa Senada Sri Aman 25 - 27 Februari

Suasana malam sambutan Program Sejiwa Senada ri Aman tanpa flash

Pakcik baju hitam : "Alamak, ada kameran. Tutup perut la,"
Amoi : "Tadi apa pasai tada bilang awal? sekarang kepala i saja u gamba,"

Penonton 1 : "ini show aper?"
Penonton 2 : "Ini show pakaian beragam,"
Penonton 3 : "Mana ada. Inilah Tiger Show,"
Penonton 4 : "Bukan Tiger Show..Mak Nyah show baru betul,"

makcik : "Bang, tengok. Pameran budu dan cencalok dekat area 5,"
Pakcik : "Area 4 ada pameran perut buncit..jom layan,"
Amoi : "Sini peta bilang ada pameran hip hop maa...,"
Modeling blue berry

Part 1 - Hari kedua sambutan Program Sejiwa Senada Sri Aman 25 - 27 Februari






Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Datin Sri Ragaad Waleed Al-Kurdi tiba untuk merasmikan Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 di Padang Lama KPSU Sri Aman pada 26 Februari, jam 11 pagi. (hari kedua)

Politik Sarawak umpama 'ramai lelaki rebut seorang wanita cantik' - Taib




SRI AMAN, Sabtu (26 Feb) – Kuasa politik Sarawak diibaratkan sebagai seorang ‘wanita cantik’ yang direbut oleh ramai ‘lelaki’ dengan pelbagai jenis cara demikian menurut Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 bertempat di Padang Lama, KPSU Sri Aman hari ini.

Barisan lelaki ini kata beliau adalah komponen parti politik Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang cuba merebut kuasa terbabit daripada rakyat dengan menggunakan pelbagai pendekatan berbeza bagi tujuan berkenaan.

“Anggaplah komponen parti BN sebagai lelaki A manakala komponen parti pembangkang sebagai lelaki B. Lelaki A seorang yang jujur dan tidak berani meluahkan janji kosong kepada wanita itu kerana bimbang gagal untuk menunaikannya.

“Manakala itu lelaki B pula tidak jujur dan sanggup meluahkan pelbagai janji kosong kepada wanita berkenaan. Wanita terbabit akan menyesal memilih lelaki B apabila janji yang dia luahkan gagal ditunaikan selepas itu,” katanya.

Dengan kata lain rakyat kata Taib harus tahu bahawa ‘lelaki A’ adalah merupakan komponen parti BN yang jujur serta ikhlas dan tidak mahu menghampakan hidup rakyat dengan pelbagai janji kosong seperti pihak pembangkang.

Sementara itu rakyat kata beliau juga harus diatur untuk menolak segala elemen politik negatif seperti menghasut, mencerca, menyebar dakyah palsu dan banyak lagi hingga boleh mengelirukan fikiran mereka selepas itu.

Elemen politik negatif katanya hanya akan merugikan hidup rakyat kerana ia tidak memberi sebarang makna kepada pembangunan hidup mereka melainkan menyokong segala rancangan pembangunan oleh kerajaan BN.

“Rakyat harus meninggalkan politik kuno mulai sekarang. Justeru rakyat harus bekerjasama dengan kerajaan yang mereka pilih demi hala tuju pembangunan negeri pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohammad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, para barisan menteri kabinet persekutuan, menteri muda kabinet Kerajaan Negeri, para wakil rakyat BN dan pegawai jabatan kerajaan.

Taib bersama isteri dan rombongan telah disajikan dengan persembahan koir Sejiwa Senada, Jalur Gemilang dan Sri Aman Mansang Maju sebelum berkesempatan untuk meninjau tapak pameran program berkenaan.

Tamat.

Majoriti penduduk kaum Cina sokong Rayong jadi calon utk pilihan raya negeri DUN Engkilili


Caption: SOKONG RAYONG...Para ketua kaum Cina dan Iban dari kawasan Engkilili ketika menyatakan sokongan mereka terhadap ADUN Engkilili, Dr Rayong di sini hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (26 Feb) – Majoriti penduduk Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menyokong sepenuhnya wakil rakyat mereka iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa untuk mempertahankan kerusi milik Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) terbabit pada pilihan raya negeri ini kelak.

Dengan kata lain dakwaan mengenai majoriti penduduk kaum Cina khasnya dari kawasan Engkilili yang mahu Jonathan Krai Pilo untuk bertanding mempertahankan kerusi milik SUPP pada pilihan raya negeri kelak adalah tidak benar seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan English hari ini (26 Februari).

“Berita tersebut melaporkan bahawa Kapitan Bong Jin Choon memberitahu penduduk Cina dari kawasan Jelukong mahu pihak SUPP memberi Krai sekali lagi peluang untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri kelak.

“Kami sudah pun menemui Bong berhubung kenyataan terbabit hari ini dan mendapati bahawa beliau langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam kedua-dua akhbar berkenaan. Dengan kata lain cerita itu sengaja diada-adakan oleh pihak beliau,” kata seorang pemimpin kaum Cina di Engkilili iaitu Kanselor Lai Chaw Soon.

Selain itu Lai juga turut menyangkal dakwaan Krai yang menuduh bahawa Dr Rayong gagal menunaikan janji pembangunannya terhadap penduduk di DUN Engkilili semenjak memenangi kerusi terbabit pada tahun 2006 lepas.

Orang luar dari kawasan DUN Engkilili kata Lai boleh turun padang sendiri ke kawasan itu untuk menyaksikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan termasuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), jalan raya dan banyak lagi pada masa sekarang.

“Adakah anda fikir wujudnya majlis makan malam sempena perayaan Cap Goh Mei anjuran To Pak Kong Jelukong yang dihadiri oleh Krai mengikut siaran akhbar berkenaan? Majlis itu sebenarnya langsung tidak pernah diadakan,” menurut beliau.

Kenyataan Lai ini juga turut disokong oleh beberapa orang ketua kaum Cina yang ditemui oleh media pada hari ini antaranya ialah Penghulu Kua Sok Yong, Kapitan Fam Tze Hin dan Kapitan Liew Ah Ban.

Tamat.

Harapan pembangunan rakyat amat mengunung di Sri Aman - Harden


SRI AMAN, Sabtu (26 Feb) – Rakyat ternyata menyimpan harapan tinggi untuk menyaksikan penyediaan pelbagai kemudahan terbaru daripada kerajaan di kawasan Sri Aman demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Bagaimanapun rakyat Sri Aman kata beliau harus sedar bahawa faktor tanah dan peruntukan kewangan boleh menyumbang kepada kelambatan proses penyediaan kemudahan yang diperlukan oleh mereka selama ini.

“Hospital baru Sri Aman misalannya berhadapan dengan proses penyediaan tapak tanah dan peruntukan sehingga ada pihak tertentu yang sengaja menjadikan ia sebagai isu demi kepentingan politik masing-masing.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk menjayakan pembinaan hospital baru ini. Cuma yang harap ialah agar rakyat di sini (Sri Aman) faham bahawa kedua-dua faktor itu boleh menyumbang kepada kelewatan perlaksanaan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Padang Lama, KPSU Sri Aman hari ini.

Selain itu pihaknya kata Harden masih belum menerima ‘berita gembira’ mengenai kata putus pihak kerajaan berhubung pelan pembinaan semula Kubu Alice yang tampak usang pada masa sekarang.

“Pembinaan semula Kubu Alice akan dapat mempromosi produk pelancongan kawasan Sri Aman ke mata dunia. Justeru saya berharap agar kerajaan dapat meneliti semula permohonan terbabit bagi menjadikan Sri Aman sebagai bandar pelancongan selepas ini,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 bertempat di Padang Lama, KPSU Sri Aman pada jam 11 pagi hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohammad Morshidi Abdul Ghani, para barisan menteri kabinet persekutuan, menteri muda kabinet Kerajaan Negeri, para wakil rakyat BN dan pegawai jabatan kerajaan.

Tamat.

Fosil pokok Oak 10 juta tahun jadi tumpuan


TERTARIK...Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Jonnes Mukan sedang kagum melihat fossil kayu Oak yang dipercayai tumbuh di selatan Sarawak kira-kira 10 juta tahun lepas. Kayu Oak yang tumbuh pada Era Senozoik, Miosen itu ditayangkan kepada pengunjung ketika aktiviti pameran bersempena dengan program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman bermula 25 hingga 27 Februari ini. Dijangkakan seramai 15,000 penduduk membanjiri kawasan Padang Lama KPSU Sri Aman ketika berlangsung sambutan hari pertama program ini. Sebanyak 130 buah agensi kerajaan, swasta, badan berkanun telah mengambil bahagian dalam program ini. Ia juga turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik sesuai dengan tatapan pengunjung berbilang kaum dari Bandar Sri Aman - 26 Feb

25 February, 2011

Part 6 - Hari pertama sambutan Program Senada Sejiwa Sri Aman 25 - 27 Februari

Mumia kepala buaya yang tersesat dari Australia hingga ke Sungai Batang Lupar turut dipamerkan.

Kakak : "Uaaaa hahaha, masuk blok sri aman news..best...,"
Pemuda : "Uuhhh tak kuasa i,"
Aweks 1 dan aweks 2 : "apa masuk blog sri aman news ?? auw, nyesal tak pakai make uP,"

Joshua, RELA : "Ermmm ni pakai buat tangkal best ni. Ikat keliling leher,"

Inspektor : "Ingat kadam semua. Kalu jumpa orang mencurigakan terus tembak pakai M-16m,"
Kadam 1 : "I cincang aja tuan. Tak payah tembak,"
Kadam 2 : "Tuan tu bergaya la...stim i tengok stail dia,"

Francis Linggi, RTM : "anak-anak, kita minum dulu. lepas ni pegi kaunter kita kacau aweksss,"
aweks 1 dan aweks 2 : "Kami ni jantan ker? buka spek mata bang, jangan salah tengok,"

Part 5 - Hari pertama sambutan Program Senada Sejiwa Sri Aman 25 - 27 Februari

Aweks Pejabat Residen Sri Aman bergambar kenangan ketika membuka kaunter membeli getah

Penganjur : "Peserta pertandingan kentut, masuk line kiri. Peserta pertandingan berak, line kanan. Peserta pertandingan kira bulu burit, line tengah,"

Pakcik : "sudah sepuluh booth aku pergi, langsung tada jual komik Dragon Ball,"
Makcik : "Ini pameran cik abang oii mana ada komik budak budak kat sini,"

Mengikut keterangan kertas putih: "Ini adalah fossil pokok Oak yang berusia 10 juta tahun ditemui di selatan Sarawak. Dipercayai ditanam oleh pak abu penjual Canai dari India street,"

Pengunjung : "??????????"

Part 4 - Hari pertama sambutan Program Senada Sejiwa Sri Aman 25 - 27 Februari

Chief gendang : "Mula palu kompang pakai kod C,"
Budak 1 : "Sedia!"
Budak 2 : "Bos, i mau berak la,"
Budak 3 : "Kentut kejab, leh tak?"

Brother 1 : "Uih dinding suda roboh..apa kes?"
Brother 2 : "tadi ada unta sudah lepas, lantak itu dinding,"

Jejaka 1 :"Tengok, kalau aku move ni , ko memang check mate,"
Jejaka 2 : "Cuba lah kalau ko berani. Pantang nenek moyang aku kalah di tangan ko,"
Gloria :" Buku tadika depan sini. Buku masakan sebelah kiri, buku panduan basuh ketiak sebelah kanan,"
Pakcik : " Hahahahahaha,"

Barang rampasan pihak kastam turut dipamer kepada orang ramai.