Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Wakil rakyat BN mudah laksanakan pembangunan rakyat - Rayong

Caption: TUNAI KEWAJIPAN...Rayong (kiri) ketika mengiringi Nyalau (tengah) untuk meninjau keadaan rumah panjang sebelum hadir bagi merasmikan majlis berkenaan hari ini.

ENGKILILI, Jumaat (16 Dis) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa mengakui bahawa lebih mudah beliau membantu rakyat dalam kawasannya semenjak menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun lepas.

Ini kerana kerajaan yang dipimpin oleh komponen BN jelas beliau mempunyai sumber dan keupayaan dalam menyalur pelbagai projek pembangunan demi kemajuan rakyat dalam negeri ini.

“Semua rakyat di kawasan Engkilili sedia maklum bahawa saya memenangi kerusi DUN ini menerusi pilihan raya 2006 dengan menggunakan parti pembangkang sebelum saya menyertai Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada tahun lepas.

“Kemajuan yang dinikmati rakyat DUN Engkilili nyata semakin meningkat semenjak saya menyertai BN dan sekaligus membuktikan bahawa hanya BN yang berkebolehan membangunkan mereka selama ini,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Bersama Jasa Pemimpin Kepada Rakyat 2011 yang berlangsung Rumah Rumpang, Lubok Numpu, Skim Skrang, Engkilili hari ini.

Selain itu beliau juga bahawa William Nyalau Badak adalah merupakan calon boleh menang sekiranya dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“SUPP akan menyokong Nyalau pada PRU13 kelak. Justeru saya berharap agar rakyat memberi sokongan penuh terhadap beliau bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

Rayong menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM15,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rumpang manakala RM5,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh wakil kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lubok Antu, Inspektor Robert Anchang dan 17 orang Tuai Rumah dari kawasan Skim Skrang.

Tamat. 

No comments:

Post a Comment