Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

Suasana menjelang Krismas di Selantik meriah dengan upacara Carolling

Caption: SELAMAT HARI JADI...Father Peter (dua kanan) sedang diraikan oleh Tuai Rumah Hearold (dua kiri) dan Lay Reader Munggu (tiga kanan) bersama penduduk yang lain selepas tamat upacara Carolling malam tadi.

PANTU, Isnin (12 Dis) – Kemeriahan sambutan pra Krismas 2012 kian terasa apabila berlangsung Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah atau Carolling di Rumah Hearold Ernest, Selanti Ili, Pantu malam tadi.

Upacara Carolling yang dijayakan oleh Paderi Gereja Saint Stephen Pantu iaitu Father Peter Isa bersama Lay Reader, Munggu anak Sayang telah bermula seawal jam 5 petang di rumah panjang perkampungan berkenaan.

Sebaik sahaja selesai melakukan upacara sembahyang Carolling di rumah berkenaan, Isa bersama Munggu kemudiannya meneruskan lagi upacara terbabit di Rumah Terliang Labon walaupun hujan lebat turun pada waktu itu.

Cuaca buruk terbabit nyata tidak menghalang upacara sambutan sembahyang Carolling ini apabila diteruskan lagi di kediaman Abang Lom Koleng, John Anis dan Collin Anis sebelum ia berakhir di rumah Tuai Rumah Hearold Ernet.

Bagaimanapun Father Peter Isa mendapat kejutan daripada penghuni beragama Kristian Anglican di situ apabila hari lahir beliau diraikan oleh Tuai Rumah Hearold dan mereka yang lain sebaik sahaja selesai upacara sembahyang Carolling itu.

Sebaik sahaja selesai menikmati jamuan makan malam bersama penghuni Selantik Ili, Father Peter Isa dan Lay Reader Munggu kemudiannya bergerak ke Pekan Pantu untuk menghadiri majlis jamuan persaraan seorang kakitangan polis di situ.

Terdahulu upacara sembahyang Carolling akan diadakan oleh pihak gereja Kristian dalam kawasan masing-masing acapkali menjelang sambutan perayaan Krismas pada setiap tahun.

Tamat.

No comments:

Post a Comment