Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

SIDS Sri Aman turun padang bantu keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Banting

Caption: IKHLAS...Roselyn (kanan) menyampaikan cek derma kepada Dara (kiri) sambil disaksikan oleh ketua unit dan AJK SIDS yang lain pada majlis itu hari ini.

LINGGA, Selasa (29 Nov) – Nasib malang yang menimpa lapan buah keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Merican Johnson, Banting, Lingga pada 3 september lepas sememangnya masih mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ia terbukti apabila Sarakup Indu Dayak Sarawak atau SIDS cawangan Sri Aman telah turun padang untuk menyampaikan derma bernilai RM400 untuk kegunaan keluarga mangsa berkenaan.

Derma bernilai RM400 itu telah pun diserahkan oleh Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas kepada Ketua Unit SIDS Banting, Lingga iaitu Dara Nyandang di sini hari ini.

Roselyn ketika ditemui berharap agar derma terbabit dapat mengurangkan lagi beban yang ditanggung oleh semua keluarga mangsa tanah runtuh berkenaan walaupun jumlahnya tidak seberapa.

“SIDS sebuah persatuan wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu golongan penduduk yang ditimpa musibah atau kejadian bencana alam di kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

“Justeru kami berharap agar keluarga mangsa kejadian tanah runtuh dari Rumah Merican Johnson, Banting, Lingga dapat menggunakan derma terbabit dengan sebaik mungkin demi kebajikan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Lima buah rumah ranap manakala tiga buah lagi terjejas teruk apabila hujan lebat menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Merican Johnson, Banting, Lingga sekitar jam 4 pagi pada 3 September lepas.

Lima buah rumah yang musnah dalam kejadian itu ialah milik keluarga Echeng Manju, Gan Manju, Pira Majang, Nelson Edward dan Ganda Rujis manakala tiga buah rumah yang terjejas terus adalah milik keluarga Merican Johnson, Paul Assan dan Daud Basi.

Tamat.



No comments:

Post a Comment