Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

SIDS anjur Kem Motivasi


Caption: SELESAI...Roselyn (duduk tiga kanan) ketika bergambar kenangan bersama penceramah dan peserta Kem Motivasi tersebut kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (30 Nov) – Seramai 120 orang pelajar dan ibubapa menghadiri Kem Motivasi anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke kelmarin.

Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas berkata ia bertujuan untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan dalam diri setiap insan khasnya dikalangan penduduk kaum Iban di negeri ini.

“Kem Motivasi ini diadakan demi menyedarkan semua ibubapa dan para pelajar bahawa pendidikan akan membolekan mereka menempuh arus kemajuan pada zaman akan datang.

“Justeru jika mereka gagal menguasai ilmu pendidikan pada masa sekarang maka mereka tidak akan dapat bersaing dengan mana-mana individu yang berjaya menguasai ilmu berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa penduduk kaum Iban masih jauh ketinggalan dari segi kemajuan memandangkan majoriti mereka yang tinggal di kawasan luar bandar masih belum menguasai ilmu pendidikan sepenuhnya selama ini.

Roseyln yakin bahawa ilmu pendidikan akan dapat mempertingkatkan kemajuan penduduk kaum Iban di kawasan luar bandar seiring dengan penduduk di kawasan bandar pada masa akan datang.

“Paling penting ialah ibubapa kaum Iban di kawasan luar bandar menyedarkan anak-anak bahawa kecemerlangan mereka dalam bidang pendidikan akan membolehkan mereka menguasai bidang ekonomi, politik dan sosial selepas ini,” katanya.

Terdahulu Kem Motivasi ini dijayakan menerusi sesi ceramah oleh Dr Dusit Jaol, Thomas Tegong Laka, Cikgu Roslan, Slyvester dan Jimbun Tawai iaitu Yang Dipertua PIBG SMK Saint Luke.

Tamat.






No comments:

Post a Comment