Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 December, 2011

Siapa ada hilang kunci Toyota di Pasar Tamu boleh try tuntut daripada kami

Caption: SILA TUNTUT...Kunci kenderaan Toyota ditemui oleh kakitangan Utusan Sarawak di Pasar Tamu Sri Aman kira-kira dua hari lepas.

SRI AMAN, Jumaat (2 Dis) – Pemilik kenderaan jenis Toyota yang mengalami kehilangan kunci kenderaan boleh datang ke Pejabat Utusan Sarawak Sri Aman untuk menuntut kunci terbabit selepas ini.

Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak Sri Aman, Zulia Haji Jemat berkata beliau menemui kunci berkenaan ketika menguruskan hal pemasaran di Pasar Tamu Sri Aman kira-kira dua hari lepas.

“Saya menemui kunci kenderaan berkenaan di atas lantai Pasar Tamu Sri Aman. Disebabkan oleh rasa bimbang, saya terus mengambil kunci kenderaan tersebut dan dibawa pulang ke pejabat,” katanya.

Zulia memberi tempoh selama seminggu kepada mana-mana pemilik kenderaan Toyota yang pernah kehilangan kunci sebelum ini untuk datang ke Pejabat Utusan Sarawak cawangan Sri Aman bagi menuntut kunci tersebut.

“Jika tiada tuntutan, kemungkinan saya akan menghantar kunci kenderaan terbabit ke Balai Polis Sri Aman untuk tujuan tindakan lanjut. Ia penting sebagai langkah keselamatan kenderaan itu sendiri,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment