Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Hajah Norhalinmah berpindah tempat tugas

Caption: UNTUKMU...Japar (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Norhalimah (kiri) sambil disaksikan oleh Edi (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu malam kelmarin.

SIMUNJAN, Khamis (1 Dis) - Kelab Sukan dan Sosial (KSS), Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan yang berlangsung di Dewan Mesra MDS, Simunjan malam kelmarin.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah Hajah Mohd Hamni yang akan berpindah ke Majlis Perbandaran Padawan (MPP) setelah bertugas di MDS selama empat tahun.

“Ia juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada Ahmad Apot yang bersara awal setelah berkhidmat sebagai Juruteknik di MDS semenjak dari tahun 2001 lepas,” kata Pengerusi KSS, Edi Aming ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu Timbalan Pengerusi MDS, Kanselor Haji Japar Mustapha ketika berucap pada majlis itu berkata Norhalimah banyak memberi sumbangan kepada MDS khasnya  sekali bagi daerah Simunjan.

Beliau kata Japar berjaya menjadikan MDS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikagumi terutama segi dari segi pembinaan landskap disamping berkemampuan mengawal kedudukan kewangan MDS dengan baik.

Manakala itu Norhalimah ketika berucap pada majlis berharap agar kakitangan MDS terus memberikan kerjasama dan sokongan yang kepada Setiausaha baru PBT berkenaan selepas ini.

“Saya juga berharap agara semua kakitangan MDS untuk terus mengeratkan kerjasama disamping memupuk nilai-nilai murni serta keikhlasan ketika menjalankan tugas dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu majlis yang dihadiri oleh seramai 160 tetamu itu turut diserikan dengan tarian poco-poco dan nyanyian oleh para kakitangan MDS.

Hadir sama ialah ialah wakil Ahli Parlimen Batang Sadong, Fatihah haji Rosli, Penghulu Raili Alias, para ketua jabatan, ketua kaum, kakitangan kerajaan dan penduduk di kawasan Simunjan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment