Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Saya sudah sembuh - Nyalau


Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK

SRI AMAN, Rabu (14 Dis) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak menyatakan beliau kini sembuh sepenuhnya daripada penyakit dan boleh meneruskan tugas sebagai wakil rakyat pada masa akan datang.

Justeru atas sebab ini beliau telah menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen P.203 Lubok Antu milik Barisan Nasional (BN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Saya sudah pun menjalani pembedahan pintasan jantung sebelum ini dan sembuh sepenuhnya pada masa sekarang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di Lubok Antu.

“Buktinya ialah saya akan memulakan program lawatan ke beberapa buah kawasan dalam Parlimen Lubok Antu untuk turun padang bagi meninjau dan mengenalpasti masalah rakyat di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara program itu katanya ialah lawatan ke kawasan Skrang, Engkilili (16 Disember) dan Mejong (21 Disember) sebelum menghadiri mesyuarat mempercepatkan survei Tanah NCR dengan Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman pada 22 Disember ini.

Atas sebab ini Nyalau meminta rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu untuk terus mempertahankan kerusi milik BN itu dan seterusnya menyokong beliau sekiranya terpilih sebagai calon bagi tujuan itu pada PRU13 kelak.

“Rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu perlu terus memastikan BN menang pada PRU13 nanti agar projek pembangunan dapat diteruskan dalam kawasan kita pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa rakyat Lubok Antu perlu terus menolak kehadiran pembangkang di kawasan mereka demi kesinambungan projek pembangunan di kawasan masing-masing selepas ini.

Tamat.





No comments:

Post a Comment