Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Saya bukan pesakit tenat - Nyalau

Caption: SELAMAT DATANG...Nyalau (tengah) dan Rayong (kiri) bergambar kenangan bersama penduduk sebaik sahaja tiba di rumah panjang itu hari ini.

ENGKILILI, Jumaat (16 Dis) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak melahirkan rasa kesal berhubung dakwaan orang yang mengatakan beliau sakit tenat hingga tidak boleh berjalan sebelum ini.

Dakwaan berkenaan kata beliau merupakan tindakan orang tidak bertanggungjawab yang mahu menganggu karier politik sebagai wakil rakyat lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya akan datang.

“Semua orang akan sakit begitu juga dengan saya. Ketika diberi cuti rehat selama dua bulan berhubung masalah sakit dahulu saya sememangnya amat rindu untuk turun padang menemui dan meninjau masalah rakyat di Lubok Antu.

“Tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan saya tidak menghabiskan cuti dua bulan terbabit sebaliknya terus turun padang meninjau kawasan saya demi menunaikan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Bersama Jasa Pemimpin Kepada Rakyat 2011 yang berlangsung Rumah Rumpang, Lubok Numpu, Skim Skrang, Engkilili hari ini.

Selain itu beliau menerusi majlis itu juga turut menyatakan persediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu milik Barisan Nasional (BN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Kemajuan bertambah pesat di Lubok Antu semenjak saya menjadi wakil rakyat bagi kawasan itu ditambahi pula dengan hubungan kerjasama erat yang terjalin antara saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili iaitu Dr Johnnical Rayong Ngipa.

“Justeru saya berharap agar hubungan kerjasama antara saya dan beliau tidak diganggu oleh mana-mana pihak selepas ini demi kebaikan masa depan pembangunan kawasan Lubok Antu,” katanya.

Nyalau turut menambah bahawa rakyat perlu memberikan sokongan terhadap hubungan kerjasama antara beliau dan Rayong terutama sekali ketika menjelang PRU13 akan datang.

Hadir sama ialah ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, wakil kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lubok Antu, Inspektor Robert Anchang dan 17 orang Tuai Rumah dari kawasan Skim Skrang.

Beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM25,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rumpang manakala RM5,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat

No comments:

Post a Comment