Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Rumah Gerakan JKKK Jegai Jawa kini jadi tumpangan mangsa kebakaran


UNTUK SEMENTARA...Rumah Gerakan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop Batu Lintang, Sri Aman ini pernah berfungsi sebagai lokasi mesyuarat dan aktiviti rasmi penghuni di situ sebelum ia menjadi tempat kediaman sementara sebahagian para penghuni apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Kejadian kebakaran yang menyebabkan 68 orang penghuninya tinggal sehelai sepinggang itu akhirnya mendapat pertolongan kerajaan apabila Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat mengumumkan bantuan bernilai RM30,000 untuk pembelian peralatan binaan rumah panjang dan bantuan sara hidup bernilai RM500 bagi setiap keluarga mangsa. Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden turun membantu menyediakan tapak baru pembinaan rumah panjang berkenaan. - Foto by DESMOND DOUGLAS JERUKAN

No comments:

Post a Comment