Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

RM466,000 MRP diagih oleh Masir bagi kali-3

Caption: MANFAATKAN...Masir (tengah) menyampaikan cek MRP bernilai RM5,000 (JKKK) dan RM2,000 (biro wanita) kepada Tr John Sunju Kalang dari Jalan Batang Lupar Sri Aman pada majlis itu kelmarin.

PANTU, Khamis (8 Dis) – Sejumlah 70 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan dalam kawasan Parlimen Sri Aman menerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM466,000.

Kesemua cek peruntukan MRP terbabit telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kepada para penerimanya menerusi majlis yang berlangsung di pejabat Parti Rakyat Sarawak (PRS) Sri Aman di Pasar Lachau, Pantu baru-baru ini.

Masir ketika ditemui berkata penyampaian cek MRP ini adalah merupakan kali yang ke-3 berbanding dengan dua penyampaian cek MRP yang sebelumnya kepada JKKK dan pertubuhan di Sri Aman.

“Secara keseluruhannya sejumlah RM1.5 juta peruntukan MRP telah disampaikan kepada persatuan, JKKK atau lain-lain pertubuhan dalam kawasan Parlimen Sri Aman bagi tempoh 2011 ini.

“Justeru saya berharap mereka yang sudah menerima peruntukan MRP ini mengadakan mesyuarat bersama para ahli untuk menggunakan peruntukan terbabit sebaik mungkin bersama para rakyat,” katanya.

Selain itu Masir juga telah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman milik Barisan Nasional (BN) itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Demi mempertahankan kerusi parlimen terbabit, beliau bersama rombongannya telah pun turun padang menemui para rakyat dalam seluruh kawasan Sri Aman pada setiap hujung minggu selama ini.

“Paling penting ialah rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman tidak mudah terpedaya dengan janji manis dan fitnah yang diluahkan oleh pihak pembangkang menjelang PRU13 kelak.

“Semua rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman perlulah bersatu-padu untuk mempertahankan kerusi milik BN ini demi kesinambungan pembangunan akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment