Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 December, 2011

Restoran D'N Selera Sri Aman lambang kemajuan peniaga Bumiputera






Caption:

1. MENARIK...Restoran D ‘ N Selera yang baru nyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk dalam bandar ini.

2. UNIK...Kecantikkan ruang Restoran D ‘ N Selera menjadi keutamaan Abang Noren bagi memikat kehadiran pelanggan dalam bandar ini.

3. SEDAP...Nasi ayam dan telur goreng adalah antara menu makanan yang wajid dilanggan oleh penduduk dalam bandar ini.

4. SANTAI...Para pelanggan sedang menikmati keselesaan di Restoran D ‘ N Selera ketika menunggu tempahan menu makanan masing-masing.

5. SIBUK...Para pekerja Restoran D ‘ N Selera sedang sibuk menyiapkan minuman dan makanan yang ditempah oleh pelanggan.

SRI AMAN, Jumaat (2 Dis) – Keenakan dan kesedapan masakan di Restoran D’ N Selera yang beroperasi di Kampung Hilir, Sri Aman sememangnya tidak dinafikan dikalangan penduduk dalam bandar ini.

Menu hidangannya yang memikat citarasa penduduk secara tidak langsung telah membolehkan Restoran D ‘ N Selera terus beroperasi untuk pelanggan setianya semenjak 17 tahun lepas.

Didorong atas kejayaan ini, pemiliknya iaitu Abang Noren Abang Naruddin telah pun bertindak membuka sebuah lagi cawangan Restoren D ‘ N Selera yang baru di sebelah bangunan perbankan dalam pusat Bandar Sri Aman pada bulan April lepas.

Semenjak itu kedua-dua restoran berkenaan ternyata tidak pernah lekang dengan para pengunjung yang datang untuk menikmati keselesaan ruang duduk dan kelazatan menu makanan di restoran berkenaan.

Ia secara tidak langsung juga mengangkat nama beliau sebagai seorang usahawan berketurunan Bumiputera yang pertama kali membuka dua cawangan restoran dalam kawasan Bandar Sri Aman ini.

“Restoran D’N Selera menawarkan pelbagai menu makanan menarik terhadap pelanggang dalam bandar ini seperti sup tulang, sup ayam, sup campur, sup ekor, nasi goreng daging, nasi ayam, sayur miding, sayur kangkong dan banyak lagi.

“Kesemua menu ini ditawar pada harga berpatutan untuk pelanggan. Jika ingin tahu lebih lanjut, para pelanggan boleh datang sendiri ke kedua-dua cawangan restoran kami ini mulai sekarang,” katanya.

Restoran D’N Selera yang beroperasi di pusat Bandar Sri Aman ini kata Noren beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 11 malam manakala cawangan lamanya di Kampung Hilir hanya beroperasi dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Disebabkan kesibukan tugas beliau selaku ketua kaum di bandar ini, anak perempuan beliau iaitu Dayang Ida Nerina Noren bersama suami Zaidil Haji Ripin telah pun diamanatkan untuk menguruskan operasi Restoran D ‘ N Selera dalam pusat bandar ini.

Justeru gabungan ahli keluarga usahawan terbabit sekaligus membolehkan Restoren D ‘ N Selera menjadi sebutan dikalangan penduduk Bumiputera yang gemar menikmati menu masakan tradisional dan moden selama ini.

“Restoran D’N Selera sentiasa menjanjikan menu makanan yang menyelerakan kepada semua pelanggan termasuk pelancong yang bertandang ke Bandar Benak (Sri Aman ) ini dari masa ke semasa.

“Justeru jika berkunjung ke Bandar Sri Aman, jangan lepaskan peluang untuk menikmati selera makanan di kedua-dua cawangan Restoran D ‘ N Selera (Kampung Hilir dan pusat Bandar Sri Aman) selepas ini,” katanya.

Terdahulu Restoran D ‘ N Selera sering menjadi tumpuan para wartawan, kakitangan kerajaan dan orang awam di luar kawasan Sri Aman yang tertarik terhadap kualiti makanan dan kreativiti unik ruang restoran selama ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment