Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Rayong hadiri upacara sembahyang berkat rumah di Taman Suria


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama tetamu undangan pada majlis sembahyang berkat kediaman pasangan Vyonnie dan Liza di Taman Suria malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (8 Dis) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa telah diberi penghormatan untuk menjadi tetamu khas bagi upacara sembahyang berkat kediaman milik sebuah keluarga guru di Taman Suria malam tadi.

Rumah yang disembahyangkan ini ialah milik guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, Sri Aman iaitu Vyonnie Maclean Pugie bersama isterinya Liza Kristy, guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Aping, Pantu.

Rayong tiba di kediaman guru berkenaan pada jam 8 malam dan bersama tetamu lain menghadiri upacara sembahyang memberkati rumah itu yang dikendalikan oleh Father (Paderi) Harold Hall dan pembantunya Morgan Alban dari Gereja Saint Luke Sri Aman.

Sebaik sahaja selesai upacara sembahyang berkenaan, Rayong bersama isteri dan keluarga telah bersama-sama dengan tetamu undangan yang lain menikmati hidangan jamuan makan malam sebelum kesemuanya bersurai pada jam 12 malam.

Turut diundang sama untuk menghadiri majlis berkenaan ialah pembantu beliau iaitu Eaton Ngipa, kakitangan media, para guru, kakitangan jabatan pertanian, jabatan perubatan dan ahli Kelab Ek Ek Sri Aman.

Terdahulu Rayong ketika ditemui berkata beliau akan meluangkan masa untuk bergaul dan menghadiri majlis penduduk tempatan jika mempunyai peluang walaupun sibuk sebagai tugas wakil rakyat selama ini.

Walaupun berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk kawasan DUN Engkilili, beliau juga boleh turun padang untuk menghadiri majlis penduduk yang bukan berada di kawasannya sendiri dari masa ke semasa.

“Justeru kita perlulah menunjukkan contoh sebagai seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang berkhidmat untuk semua penduduk tanpa mengira kawasan, latar belakang kaum dan agama dari masa ke semasa.

“Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan BN iaitu Gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment