Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

Rakyat perlu berlaku jujur ketika apply Bantuan Rakyat 1 Malaysia - Rohani

SRI AMAN, Ahad (18 Dis) – Rakyat diingatkan sentiasa agar bersikap jujur, amanah dan bertanggungjawab ketika memberikan maklumat ketika memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia selepas ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim ketika mengulas keraguan orang ramai yang bimbang mengenai pemberian bantuan berkenaan kepada pihak yang tidak wajar.

Kebimbangan orang ramai ini berkisar tentang wujudnya individu tertentu yang mendakwa mempunyai lebih daripada seorang isteri semata-mata mahu mendapatkan lebih banyak habuan daripada kerajaan menerusi bantuan itu.

“Jika benar individu terbabit (lelaki) beristeri lebih daripada seorang dan berpendapatan bawah RM3,000 maka dia atau isterinya layak memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia bernilai RM500.

”Namun jika dia dan ‘isteri-isteri’ palsunya memohon bantuan tersebut hanya semata-mata mahu mendapatkan banyak sumber atau saluran maka ia boleh dianggap salah kerana memalsukan maklumat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai menyampaikan taklimat Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada 150 orang wakil jabatan dan ketua masyarakat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu pemohon kata Rohani juga harus sedar bahawa sekiranya mereka sengaja memalsukan maklumat maka mereka ini boleh dikenakan denda penjara tiga tahun seperti yang dinyatakan pada amaran dalam borang permohonan itu.

”Saya juga menyarankan ketua isi rumah atau individu berkelayakan agar terus menghantar borang permohonan itu walaupun berasa musykil agar mereka tidak terlepas peluang untuk menerima bantuan terbabit selepas ini,” katanya.

Rohani turut bahawa kerajaan khasnya Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia mendengar rayuan daripada pemohon yang tidak berjaya menerima bantuan terbabit selagi mempunyai alasan kukuh untuk dipertimbangkan.

Terdahulu beliau menerusi majlis itu telah menyampaikan replika cek bantuan kerajaan bernilai RM103,000 dan RM150,000 masing-masing untuk Sekolah Kebangsaan Lela Pahlawan dan SK Gran Stumbin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment