Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Program Saudara Kita di Pangkalan pantu pada 24 Disember ini


Caption: BAKAL RASMI...Masir Kujat akan merasmikan Program Berambeh Bersama Saudara Kita 2011 di Pangkalan Pantu Sri Aman pada 24 Disember ini.

SRI AMAN, Rabu (14 Dis) – Urusetia Saudara Kita Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Program Berambeh Bersama Saudara Kita 2011 bertempat di Pangkalan Pantu, Sri Aman pada 24 Disember ini nanti.

Pengerusi Urusetia Saudara Kita Bahagian Sri Aman, Masitah Abdullah ketika ditemui berkata program ini nanti akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat pada jam 10.15 pagi.

“Tujuan utama ialah mengeratkan hubungan tali silaturahim dan perpaduan di antara golongan Saudara Kita dan masyarakat setempat dalam kawasan Sri Aman khasnya di Pantu.

“Kita menerusi program ini juga akan mengadakan tinjauan bersama Masir ke tapak cadangan penempatan semula Saudara Kita di kawasan Pantu yang kini masih menanti kelulusan daripada pihak kerajaan,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik kata Masitah akan diadakan bersempena dengan program ini antaranya ialah Ceramah Keagamaan, Pertandingan Azan dan Bacaan Fatihah Saudara Baru.

“Sebenarnya Program Berambeh Bersama Saudara Kita 2011 bertempat di Pangkalan Pantu, Sri Aman juga turut diserikan lagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan itu pada 23 Disember kelak

“Seramai 80 orang peserta Saudara Kita dari kawasan Lachau, Kandis, Semawa dan lain-lain kawasan dijangka hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Program Berambeh terbabit,” katanya.

Justeru beliau berharap agar ikatan persaudaraan antara Saudara Kita dan masyarakat setempat di kawasan Bahagian Sri Aman menerusi penganjuran Program Berambeh ini nanti.

Tamat.


No comments:

Post a Comment