Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

Program Rakaman Pentas Krismas 2011 adalah yang paling berjaya



Caption:

1.PENGHARGAAN...Ruth (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Simoi (kanan) sambil disaksikan oleh Felicia (kanan sekali) dan Ismawie (tengah) pada majlis itu.

2. MINAT...Simoi (tengah) sambil diapit oleh Ismawie (kiri) dan Felicia (kanan) serta tetamu yang lain ketika menyaksikan Program Rakaman Krismas 2011 yang berlangsung malam tadi.
SRI AMAN, Ahad (18 Dis) – Buat pertama kalinya dalam sejarah Program Rakaman Pentas Krismas 2011 telah mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk dalam Bandar Sri Aman ini.

Ia terbukti apabila 3,000 orang penduduk membanjiri kawasan dalam dan luar Mini Stadium Sri Aman untuk menyaksikan program itu dan juga Pertandingan Akhir Rentak Juara 2011 yang diadakan serentak di situ bermula dari jam 7 hingga 11.15 malam tadi.

Ia dimulai dengan Pertandingan Akhir Rentak Juara 2011 yang menemukan lima buah kumpulan sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri tiba pada jam 8 malam bagi merasmikan program itu.

Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, acara diteruskan dengan Program Rakaman Pentas Krismas 2011 dengan Edwin Nanggah dan Rolan Gilbert dari RTM Sri Aman menjadi juruacara bagi program itu.

Ia terus disusuli dengan persembahan daripada artis rakaman Iban yang lain iaitu Natala (Keling Ati), Rozilawati (Mengkang Dikenang Dalam Ati), Ita Medin (Mina Nuan Ka Penawar), Maxwell Franklin Saran (Lang Ngindang Nabur Menua) dan Jonnes Mukan (Dara Bajik).

Turut diundang untuk mempersembahkan lagu pada program itu ialah penyanyi tempatan dari Engkilili iatu Sally Garu dan Kumpulan Masterpiece yang telah mempersembahkan lagu Sinu, Bulat Ati Aku serta beberapa lagu lain pada program itu.

Selain itu suasana penganjuran program itu nyata gamat dengan sesi lawak jenaka daripada dua orang penyampai radio dari Wai FM iaitu Stonton James Jaga dan Ken Michael yang telah memegang watak Mujab dan Bunyau selama ini.

Kesimpulannya ialah syabas serta tahniah diucapkan kepada Kelab Rekreasi Sukan dan Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman kerana telah berjaya menjadikan kedua-dua program itu sebagai yang paling menarik dikalangan penduduk pada malam tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, wakil Pengurus Stesen RTM Sri Aman, Ruth Ampong dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Lingga, Balqis Haji Wahed.

Terdahulu Program Rakaman Pentas Krismas dan Pertandingan Rentak Juara 2011 merupakan salah satu daripada aktiviti dalam Program Jalinan Mesra dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman yang berlangsung di sini dari 16 hingga 18 Disember.

Tamat.

No comments:

Post a Comment