Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman bermula dari 16 hingga 18 Disember ini nanti.

SRI AMAN, Isnin (12 Dis) – Beberapa acara menarik bakal diadakan bersempena dengan  sambutan Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman bermula dari 16 hingga 18 Disember ini nanti.

Kenyataan media hari ini memberitahu kesemua acara ini akan berlangsung di Mini Stadium, hadapan SJK Chung Hua Simanggang, Dewan Bougainville SK Abang Aing, Taman Panorama Benak dan kawasan jalan berhampiran lampu trafik dalam bandar ini.

Saringan Pertandingan Battle Of The Band akan menjadi acara pembuka tirai bagi program ini bermula dari jam 8 pagi pada 16 Disember sambil diikuti oleh Pertandingan Fotogenik, Kempen Barangan Tempatan Dan Harga Patut serta Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Perayaan Krismas.

“Program turut diteruskan dengan Jualan Dan Promosi Barangan, Pameran Motorsikal Dan Kenderaan, Pameran, Hari Bersama Pelanggan Agensi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan, Jualan Amal oleh Gabungan Persatuan Wanita Sri Aman, Raptai Rakaman Pentas Pra Krismas dan Pertandingan Rentak Juara (saringan),” katanya.

Acara pada 17 Disember pula akan dimulai dengan Senaman Kenyalang, praktikal tatacara Konvoi Kenyalang, Program Amal Baitulmal Sri Aman, Demonstrasi Operasi Dan Menyelamat Mangsa Kemalangan, Bike Night, Malam Pra Krismas dan Pertandingan Akhir Rentak Juara.

Manakala Pertandingan Unplug (akhir) akan menjadi penutup tirai program terbabit pada jam 8 malam di Mini Stadium Sri Aman pada 18 Disember ini setelah beberapa acara menarik berlangsung pada pagi hari itu.

“Pameran Motorsikal, Jualan Dan Promosi Barangan, Hari Bersama Pelanggan, saringan Pertandingan Uplug dan sesi penghakiman Pertandingan Fotogenik (Kanak-Kanak dan Dewasa) akan diadakan bermula jam 8 pagi pada hari terakhir program ini,” katanya.

Justeru orang ramai dijemput hadir di lokasi-lokasi berkenaan untuk menyaksikan acara terbabit disamping memeriahkan lagi suasana Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman ini nanti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment