Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Program Jalinan Mesra bermula


Caption:

1. BERMINAT...Para pelanggan sedang membeli barangan yang dijual menerusi aktiviti Jualan dan Promosi Barangan bersempena program itu hari ini.

2. SIBUK...Penerbit RTM Sri Aman, Edwin Nanggah sedang melakukan persiapan terhadap peralatan muzik sebelum bermulanya sesi saringan Pertandingan Rentak Juara sempena program itu.

SRI AMAN, Jumaat (16 Dis) – Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman yang berlangsung pada hari ini nyata menarik perhatian ratusan orang penduduk dari sekitar bandar ini.

Dengan beberapa aktiviti menarik dirancang bagi tujuan sambutan hari pertama program itu, cuaca cerah pada hari ini nyata membolehkan orang ramai mengunjungi kawasan sekitar Majlis Daerah Sri Aman untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti tersebut.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa Jualan Dan Promosi Barangan telah menjadi aktiviti pertama yang berlangsung pada sambutan hari pertama program berkenaan.

Ia diikuti dengan pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sambutan Jalan Raya sempena sambutan perayaan Hari Krismas peringkat Bahagian Sri Aman yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri.

Walaupun ia berlangsung di hadapan SJK Chung Hua Simanggang, program yang bermula jam 9 pagi itu menyaksikan Simoi menyampaikan sejumlah 24 buah topi keledar dan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya dalam bandar ini.

Selain itu orang ramai menerusi program ini berpeluang menyaksikan saringan Pertandingan Battle Of The Band, Kempen Barangan Tempatan dan Harga Patut serta Pameran Motorsikal Dan Kenderaan di sekitar Mini Stadium Sri Aman itu.

Mereka juga berpeluang menyaksikan Pameran Dan Hari Bersama Pelanggan, Jualan Amal oleh Gabungan Persatuan Wanita di Sri Aman dan raptai Rakaman Pentas Krismas juga saringan Pertandingan Rentak Juara di siu.

Satu lagi aktiviti turut diadakan pada hari pertama sambutan program terbabit iaitu taklimat dan demo mengenai keselamatan jalan raya, Biro Tatanegara dan penggunan alat pemadam api yang berlangsung di SK Abang Aing.

Secara kesimpulannya sambutan hari kedua dan hari ketiga program ini dijangka akan menjadi lebih rancak apabila ia berlangsung pada hari cuti umum dan sekaligus bakal menarik kedatangan ribuan orang pengunjung sehingga ia berakhir pada hari Ahad ini.

Antara program yang dijangka menjadi perhatian ramai penduduk ialah Pertandingan Akhir Rentak Juara dan Rakaman Pentas Krismas 2011 (Sabtu, jam 7 petang), Bike Night (Taman Panorama Benak, Sabtu 7.15 petang) dabn Pertandingan Unplug (akhir) pada hari Ahad jam 8 malam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment