Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2011

Penduduk Kampung Masjid Baru minta baiki jalan

Caption: MINTA PERHATIAN...Kerosakan berupa lubang di atas jalan raya sehala Kampung Masjid Baru perlu diturap semula demi keselesaan pengguna di situ selepas ini.

SRI AMAN, Rabu (7 Dis) – Penduduk Kampung Masjid Baru Sri Aman merayu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menurap kembali kerosakan berupa lubang di atas jalan sehala dalam kampung mereka selepas ini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu kerosakan berupa lubang di atas jalan sehala (berturap) di kampung mereka sudah rosak semenjak awal tahun ini.

“Jalan raya sehala berkenaan adalah merupakan laluan pengangkutan utama bagi semua penduduk dalam Kampung Masjid Baru semenjak dari dahulu lagi hingga ke masa sekarang.

“Namun begitu kerosakan berupa lubang besar mula berlaku atas laluan tengah jalan raya sehala di sini hingga menimbulkan ketidakselesaan dikalangan pengguna kereta dan motorsikal Kampung Masjid Baru Sri Aman,” katanya.

Beliau yakin lubang besar di atas jalan raya sehala itu boleh menimbulkan kerosakan bagi tempoh jangka panjang terhadap pengguna kereta di Kampung Masjid Baru termasuk juga motorsikal selepas ini.

Justeru beliau berharap agar PBT boleh mempertimbangkan usaha bagi menurap kembali lubang besar di atas jalan raya sehala terbabit demi keselesaan pengguna kenderaan Kampung Masjid Baru selepas ini.

“Belum ada kemalangan dilaporkan berlaku di sini selama ini. Namun saya yakin kemalangan kecil membabitkan penunggang motorsikal boleh berlaku di sini pada masa akan datang jika ia tidak dibaiki segera selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment