Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2011

Peminat sukan permotoran dari seluruh Borneo dijemput sertai Program Jalinan Mesra 16 - 18 Disember ini

Mugshot: ZAIDI SARKAWI

SRI AMAN, Selasa (6 Dis) – Peminat sukan permotoran dari seluruh pelusuk kepulauan Borneo ini dijemput untuk menyertai Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat yang akan diadakan di Mini Stadium Sri Aman bermula 16 hingga 18 Disember ini.

Pegawai Tadbir Sosial, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman iaitu Zaidi Sarkawi ketika ditemui berkata Program Pencinta Permotoran juga turut diadakan bersempena dengan program terbabit.

“Pihak kita akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang bakal menggabungkan pihak jabatan kerajaan dan peminat sukan permotoran menerusi Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat ini nanti,” katanya.

Selain itu penyertaan dalam Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Program Pencinta Permotoran kata Zaidi tidak terhad kepada motorsikal beroda dua mahupun beroda tiga.

“Matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan hubungan silaturahim antara semua peminat sukan permotoran yang bakal mengambil bahagian dalam kedua-dua program terbabit.

“Kita yakin program ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara orang awam dan jabatan-jabatan kerajaan dalam kawasan Sri Aman pada masa akan datang,” menurut beliau.

Justeru mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kedua-dua program ini boleh menghubungi beliau sendiri di talian telefon 013-5785130 atau Jamali dari Kelab Big Bikerz Sri Aman di talian 013-8157882.

“Pemilik motorsikal berkuasa tinggi dan kelab-kelab kenderaan yang ingin berdaftar dalam program ini perlu membayar yuran sebanyak RM40 bagi tujuan T – Shirt dan majlis makan malam,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment