Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Parti Krismas Kanak-Kanak dan Parti Krismas Belia pada 18 Disember ini di Saint Luke Parish Hall

Mugshot: REVEREND RODRIQUEZ UNAK

SRI AMAN, Khamis (15 Dis) – Musim sambutan Perayaan Krismas di Sri Aman bakal diserikan lagi dengan penganjuran Parti Krismas Kanak-Kanak 2011 bertempat di Dewan Parish Gereja Saint Luke Sri Aman pada 18 Disember ini.

Kenyataan media memberitahu program yang akan bermula sebaik sahaja selesai ibadat sembahyang hari minggu tu (jam 10 pagi) itu akan membabitkan ibubapa dan kanak-kanak Kristian Anglican yang sudah pun mendaftar bagi tujuan terbabit.

“Program parti krismas ini tidak mempunyai bilangan penyertaan yang terhad dan terbuka kepada semua kanak-kanak beragama Kristian berumur antara tiga hingga 12 tahun dengan yuran penyertaan bernilai RM5 seorang.

“Ibubapa kanak-kanak yang terlibat dalam parti krismas ini nanti diminta untuk menghantar borang, yuran dan hadiah sampingan kepada pihak gereja pada 16 Disember ini (Jumaat ini),” kata Reverend Rodriguez Unak menerusi kenyataan itu.

Selain itu pihak gereja juga kata beliau akan mengadakan Parti Krismas Belia 2011 pada 20 Disember ini bermula jam 6.30 petang bertempat di kawasan Dewan Parish, Gereja Saint Luke Sri Aman.

“Kedua-dua program ini bertujuan untuk meraikan sambutan perayaan Hari Krismas 2011 di peringkat parish disamping mengeratkan lagi hubungan di antara para belia dalam kawasan Sri Aman.

“Bezanya ialah tiada sebarang bayaran dikenakan bagi program parti belia ini. Apa yang perlu ialah kesemua belia Kristian yang mahu melibatkan diri dalam parti ini disarankan agar membawa makanan masing-masing,” katanya.

Justeru Rodriguez berharap agar Parti Krismas Kanak-Kanak dan Parti Krismas Belia tersebut akan dapat memeriahkan lagi suasana sambutan Krismas di kawasan Sri Aman bagi tahun ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment