Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Papan notis tapak pembuangan sampah di Pantu tercabut


ROSAK...Faktor ribut dipercayai telah menyebabkan papan notis dan papan tanda menuju ke simpang jalan masuk Pusat Pembuangan Sampah Majlis Daerah Sri Aman di daerah kecil Pantu, Sri Aman tertanggal semenjak dua minggu lepas. Walaupun kerosakan papan notis berkenaan tidak memberi kesan kepada penduduk Pantu namun ia secara tidak langsung boleh mencacatkan pemandangan orang luar yang mahu berkunjung ke pekan di situ selepas ini. Justeru diharapkan agar papan notis dan papan tanda berkenaan diperbaiki semula menaikkan imej kawasan Pekan Pantu yang terletak kira-kira 62 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman selepas ini. - 9 Disember

No comments:

Post a Comment