Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Musim tengkujuh bimbangkan penduduk di kawasan Jalan Batang Lupar

Caption: MULA SURUT...Gambar menunjukkan air turut surut di kawasan penempatan penduduk di Jalan Batang Lupar, Sri Aman dipercayai berpunca dari masalah sistem peparitan selama ini.

SRI AMAN, Jumaat (9 Dis)  – Musim tengkujuh yang melanda Sarawak boleh diibiratkan sebagai mimpi buruk buat semua penghuni kawasan Jalan Batang Lupar, Sri Aman pada masa sekarang.

Ini kerana cuaca hujan berterusan pada waktu musim tengkujuh boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan berkenaan apatah lagi pada waktu hujan lebat turun berterusan lebih daripada satu hari di kawasan tersebut sebelum ini.

“Penempatan penduduk di Jalan Batang Lupar pernah dilanda banjir kira-kira empat hari lepas begitu juga dengan kawasan taman yang lain ketika hujan lebat turun di kawasan Bandar Sri Aman.

“Kawasan Jalan Batang Lupar memang terkenal dengan masalah banjir. Ia disebabkan oleh masalah peparitan yang terdapat dalam penempatan penduduk di sini semenjak dari dahulu,” kata seorang penduduk di situ.

Walaupun saluran peparitan di situ agak besar namun penduduk yang enggan dikenali itu mendakwa bahawa sistem berkenaan masih tidak mampu menampung jumlah takungan air yang besar ketika musim hujan.

Ia katanya menyebabkan kawasan penempatan penduduk di Jalan Batang Lupar sering dilanda banjir sekiranya air hujan turun tanpa henti di kawasan itu jika melebihi tempoh lapan jam.

“Jangankan sekarang musim tengkujuh...justeru saya berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mencari cara bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan penempatan kami selepas ini,” katanya.

Terdahulu penghuni kawasan Jalan Batang Lupar sering melaporkan masalah banjir yang melanda kawasan penempatan mereka kepada Utusan Sarawak acapkali  turunnya hujan lebat tanpa henti melebihi lapan jam di kawasan mereka selama ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment