Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Musim raja buah tarik kepulangan anak muda ke Simunjan

Caption: SEDAP...James sedang menunjukkan salah sebiji durian yang diperolehnya sebelum dijual kepada pemborong baru-baru ini.

SIMUNJAN, Jumaat (9 Dis) – Musim raja buah atau durian sememangnya amat berpengaruh sehingga ia menarik kepulangan anak muda yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kerana faktor itu selama ini.

James Ngumbang, 33, seorang pemuda dari Rumah Gana Jampong, Kesindu, Simunjan sanggup memohon cuti daripada pihak majikannya hanya kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mengumpul buah terbabit daripada dusun keluarga bagi tahun ini.

Dengan harga buah durian kini mencecah RM10 bagi tiga biji bersaiz sederhana maka adalah mustahil bagi beliau untuk melepaskan peluang bagi sama-sama menjual raja buah terbabit kepada orang ramai.

“Bagaimanapun rahsia kemeriahan musim durian bukan terletak kepada keuntungannya. Berhimpun bersama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai adalah punca saya pulang bercuti ke kampung ini,” katanya.

Katanya ia secara tidak langsung telah mewujudkan suasana ‘ngabang’ di kampung apabila mereka saling kunjung-mengunjungi dusun antara satu-sama yang lain ketika berlangsungnya musim raja buah berkenaan.

“Pemilik dusun kebiasaannya akan berjaga di dusun masing-masing dari jam 8 malam hingga 6 pagi memandangkan faktor embun dan suhu sejuk membolehkan kadar jatuhan buah durian lebih kerap pada waktu itu.

“Ketika inilah para pemiliknya akan berasa bosan. Atas faktor inilah mereka akan saling kunjung-mengunjungi dusun rakan yang lain untuk berbual dan berjenaka sementara menunggu kedatangan masa waktu pagi,” menurut beliau.

James yang kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta di Kuching mahu penduduk kampung sedar bahawa musim durian secara tidak langsung memberi nilai yang amat tinggi serta berharga dalam pengalaman hidup mereka dari masa ke semasa.

“Semua kampung akan ada aktiviti seperti ini. Justeru saya berharap generasi muda akan datang tidak mudah mengabaikan kepentingan musim buah seperti ini demi pengalaman hidup mereka di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment