Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Mohammad Nizam Zainuddin masih kekal sebagai Ketua Prosboc Zon Sarawak


Caption: SELAMAT PENGANTI BARU...Nizam (pengantin lelaki) bergambar kenangan bersama isteri beliau dan ahli Kelab Prosboc Zon Sarawak ketika berlangsung majlis pernikahan beliau di Kabong pada 27 November lepas.

SRI AMAN, Selasa (29 Nov) – Mohamad Nizam Zainuddin telah dilantik sebagai Ketua Prosboc atau Kelab Pemilik Proton BLM bagi Zon Sarawak menerusi Mesyuarat Agung Tahunan untuk zon itu di sini baru-baru ini.

Perlantikan beliau sebagai Ketua Zon Sarawak kelab terbabit turut menyaksikan Noorfazly dilantik sebagai Penolong Ketua Zon Sarawak bagi mesyuarat yang berlangsung dari jam 8 hingga 10 malam itu.

Sementara itu Noor Aina Reduan telah dilantik sebagai Setiausaha Prosboc Zon Sarawak dengan Abang Azmil dilantik sebagai Bendahari bagi kelab Zon Sarawak menerusi mesyuarat terbabit.

Jawatan Ketua Kebajikan Sosial pula diisi oleh Mohd Faizal Said manakala Abdul Malek pula dilantik sebagai  Ketua Sukan / Reakrasi untuk Kelab Prosboc Zon Sarawak dengan barisan ahli jawatankuasa serta wakil zon masih dikekalkan menerusi mesyuarat itu.

“Hasil Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2012 ini dibawa perwakilan Prosboc Sarawak pada Mesyuarat Agung Pusat yang akan berlangsung pada 24 Disember depanm di COE Proton Shah Alam.

Seramai lapan orang ahli perwakilan Prosboc Sarawak akan menghadiri mesyuarat berkenaan,” kata Nizam sambil menambah Majlis Makan Malam Tahunan Prosboc Malaysia juga akan diadakan pada malam tersebut dengan bertemakan Back To School.

Sementara itu Prosboc Zon Sarawak katanya juga telah menubuhkan zon baru kelab berkenaan di Betong dan Miri dengan sesi pendaftaran Ahli Tahun 2012 bakal dibuka pada 1 Disember ini.

“Justeru semua pemilik Proton Saga BLM, S.E, FL dan FLX dipelawa untuk menyertai Persahabatan Erat Komuniti Saga dengan menghubungi saya sendiri di talian 019-397 8187.

Mereka juga boleh menghubungi Yussery Marley (Kuching) di talian 019-8398395, Abang Azmil (Serian) 014-8858729, Shahruddin (Kota Samarahan) 016-8875386, Mahani Rapli (Sri Aman) 014-8779272, Mohd Faizal Bosot (Kabong) 014-8926817 atau wakil mereka di Betong, Sibu, Bintulu dan Miri iaitu 019-8175969, 013-5629481, 012-3555974 serta 012-3781039.

Terdahulu Kelab Pemilik Proton BLM bagi Zon Sarawak turut meraikan majlis pernikahan ketua mereka iaitu Mohd Nizam Zainuddin pada 27 November lepas yang berlangsung di Kabong, Betong.

Tamat.






No comments:

Post a Comment