Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Mari jadi membership Pasaraya Lian Yi, Sri Aman

Caption: HAIYA KUAT LIHAI OOH...Iklan menunjukkan tawaran keahlian Kad Lian Yi Marketing Sendirian Berhad yang bakal diperkenalkan kepada orang ramai mulai 1 Disember ini.

SRI AMAN, Selasa (29 Nov) – Orang ramai dipelawa untuk memohon kad keahlian Lian Yi Marketing Sendirian Berhad yang beralamat di Lot 1122 Dan 1123, Block 4 STD di kawasan Jalan Sabu, Bandar Sri Aman mulai 1 Disember ini.

Pemiliknya Yeo Siew Pheng ketika dihubungi berkata dengan memohon kad keahlian terbabit orang ramai berpeluang untuk mengumpul mata, hadiah berupa baucer dan banyak lagi tawaran menarik yang disediakan oleh syarikat pasaraya terbabit.

“Orang ramai hanya perlu berkunjung ke Pasaraya Lian Yi mula 1 Disember ini jika mahu mengetahui lebih lanjut tentang tawaran serta hadiah menarik menerusi penyertaan masing-masing sebagai ahli kad berkenaan,” katanya.

Justeru Yeo berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasaraya Lian Yii selepas ini untuk meraih pelbagai hadiah serta peluang yang ditawarkan menerusi keahlian kad tersebut.

Tamat.


No comments:

Post a Comment