Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2011

Mangsa banjir Pantu dibantu

Caption: PRIHATIN...Kapitan Kuek (kanan) menyampaikan bantuan kepada wakil mangsa banjir iaitu Lambai (kanan) sambil disaksikan oleh ahli Chee Chuan Khor dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman kelmarin.

PANTU, Selasa (6 Dis) – Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang telah turun padang untuk membantu para mangsa banjir dari kawasan Pangkalan Pantu iaitu kira-kira 62 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman kelmarin.

Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang atau turut dikenali juga sebagai Moral Uplifting Society telah menghulurkan bantuan berupa makanan dan peralatan memasak bagi kegunaan mangsa banjir terbabit.

“Pihak kami telah menyumbangkan bantuan berupa beras, minyak makan, telur, tong gas, alatan dapur memasak, mee, gula, air mineral dan banyak lagi untuk untuk digunakan oleh mangsa banjir ini.

“Bantuan ini telah diserahkan kepada wakil mereka iaitu Encik Lambai. Justeru kami berharap agar bantuan terbabit akan dapat mengurangkan bebanan mereka selepas ini,” kata pengerusinya, Kapitak Kuek Aik Seng.

Selain itu beliau juga berharap agar lebih ramai pihak tampil untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir Pangkalan Pantu berkenaan demi meringankan lagi bebanan mereka selepas ini.

Terdahulu, sejumlah 108 orang penduduk daripada 28 keluarga di Pangkalan Pantu, Sri Aman telah dipindahkan ke pusat pemulihan banjir, SJK Chung Hua Pantu apabila air bah naik setinggi satu meter di penempatan mereka pada hari Ahad lepas.

Kesemua mangsa banjir berkenaan masih ditempatkan di pusat pemulihan banjir, SJK Chung Hua Pantu berkenaan sehingga berita ini ditulis memandangkan kemungkinan berlakunya hujan lebat pada malam ini (6 Disember) seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Sarawak.

Tamat.



No comments:

Post a Comment