Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

Lapan kumpulan berentap dalam saringan Pertandingan Rentak Juara 2011

Caption: BERTENAGA...Kumpulan Short – C – Cute sedang mempersembahkan lagu Peronda Jaket Biru ketika berlangsungnya saringan Pertandingan Rentak Juara malam tadi.

 
SRI AMAN, Sabtu (17 Dis) – Pertandingan Rentak Juara 2011 telah melabuhkan tirainya di Mini Stadium Sri Aman malam tadi dengan lapan buah kugiran mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan itu menyaksikan kumpulan Horse 88, The Vision, The Blurr, Head Hunters, Short-C-Cute, D’ Junction Projecy, I’ Enote Band dan Jeckll And Hyde berentap untuk merebut slot lima kumpulan terbaik ke peringkat akhir pertandingan berkenaan.

Sambil disaksikan lebih daripada 500 orang penonton, pertandingan anjuran Kelab Sukan Rekreasi dan Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman itu juga turut diserikan dengan penampilan Bunyau dan Mujab dari Wai FM selaku pengacara pertandingan.

Pertandingan yang bermula dari jam 7.30 hingga 11.30 malam itu telah dihakimi oleh tiga orang juri dari Unit Hiburan RTM Kuching dengan Horse 88 menjadi kumpulan pertama mempersembahkan lagu mereka bagi pertandingan itu.

Dengan mempersembahkan instrumental berjudul The Call Of Khulu dan dua lagu lain daripada Kumpulan Metallica iaitu Master Of Puppets serta From Whom The Bell Tolls, persembahan Horse 88 nyata mengamatkan suasana mini stadium berkenaan.

Ia diikuti dengan The Vision (Black Magic Women, Terharu), The Blurr (Muka Dua, Palsu), Head Hunters (Angkubah), Short – C – Cute (Peronda Jaket Biru, Dari Kaca Mata), The Junction Project (Misteri, Aurora), I’ Enote Band (Bintang Kehidupan, Terpukau Hati) dan Jeckll And Hyde (Dizzy, Just Let Me In).

Keputusannya ialah hanya lima buah kumpulan telah dipilih untuk mengisi slot akhir ke pertandingan tersebut antaranya ialah The Vision, Head Hunters, Short – C – Cute, D’ Junction Project dan Jeckyll And Hyde.

Kesemua lima kumpulan ini akan berentap pada peringkat akhir Pertandingan Rentak- Juara 2011 yang akan diadakan serentak dengan Program Rakaman Pentas Krismas 2011 di Mini Stadium Sri Aman berkenaan.

Kumpulan juara akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,200, piala dan sijil penyertaan manakala hadiah RM1,000 dan RM800 akan dibawa pulang oleh kumpulan naib juara serta pemenang tempat ketiga juga beserta dengan piala dan sijil.

Terdahulu Pertandingan Rentak Juara 2011 ini adalah merupakan salah satu aktiviti pengisian dalam Program Jalinan Mesra dan Pencinta Sukan Permotoran Peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember ini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment