Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

Lagi lori melintang di kawasan Sri Aman

Caption: MALANG...Sebuah lori pengangkut barang melintang di tengah laluan berbukit menuju ke Bukit Begunan sehingga menimbulkan masalah kesesakan jalan raya hari ini.

PANTU, Ahad (11 Dis) – Masalah kesesakan jalan raya dari Kuching menuju ke Sri Aman kembali terjadi apabila sebuah lori pengangkut barang mengalami kemalangan kecil di kawasan Bukit Begunan, Pantu pada jam 10.15 pagi hari ini.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu lori pengangkut barang berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke Miri sebelum kenderaan berat terbabit gagal mendaki sebuah laluan berbukit menuju ke atas puncak Bukit Begunan itu.

“Setelah gagal mendaki laluan berbukit, lori berkenaan kemudiannya tergelincir ke bawah sebelum ia melintang ke kawasan tengah jalan menuju ke atas Bukit Begunan pada jam 10.15 pagi hari ini.

“Kejadian ini menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya dikalangan pengguna kenderaan yang sedang dalam perjalanan menuju ke arah Sri Aman mahupun yang mahu menuju ke Kuching pada pagi hari ini,” kata sumber.

Masalah ini menyebabkan pengguna kenderaan menggunakan laluan alternatif yang lain iaitu Jalan Punggu Kara dan Lachau sepanjang 13 kilometer bagi melepasi masalah trafik di laluan jalan raya Bukit Begunan berkenaan.

“Sebuah trak penunda kenderaan telah pun dipanggil dari Pantu bagi menarik lori pengangkut terbabit keluar dari tengah laluan jalan demi menyelesaikan masalah trafik di situ,” kata sumber.

Terdahulu sebuah kejadian yang sama juga dilaporkan pernah berlaku berdekatan kawasan simpang Punda, Simunjan apabila sebuah lori pengangkut cecair gagal mendaki laluan berbukit di situ baru-baru ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment