Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Kesedaran mengenai bahaya penyakit tidak berjangkit dipertingkatkan

Caption: UNTUK ALBUM...Para sukarelawan bergambar kenangan bersama kakitangan Pejabat Kesihatan ketika berlangsungnya kursus terbabit kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (29 Nov) – Kesedaran mengenai bahaya penyakit tidak berjangkit telah dipertingkatkan dikalangan penduduk dengan adanya penganjuran Kursus NCPD 1 Malaysia Kampung Hilir Sri Aman 2011 di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Kursus NCPD 1 Malaysia Kampung Hilir Sri Aman 2011 adalah merupakan anjuran Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

“Kursus yang bertujuan untuk mengelakkan penduduk kampung dari terkena serangan penyakit tidak berjangkit ini telah disertai oleh 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada wakil Ketua Kampung dalam kampung berkenaan.

“Antara penyakit tidak berjangkit yang berbahaya ini adalah darah tinggi serta kompilasinya, kencing manis (termasuk kompilasi), tekanan (stress), kesan merokok dan pemakanan tidak sihat,” kata jurucakap penganjur.

Katanya para peserta menerusi Kursus NCPD 1 Malaysia berkenaan telah pun dididik tentang langkah bagi menangani serangan penyakit tidak berbahaya menerusi amalan gaya hidup sihat dan sebagainya.

Hasil kursus ini katanya akan membolehkan para sukarelawan membantu pihak Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit untuk memantau dan menasihat penduduk yang menghadapi penyakit seperti ini selepas itu.

“Penduduk yang menghadapi penyakit seperti ini akan dipantau selama enam bulan serta dinasihat untuk mengamalkan pelbagai jenis teknik seperti senaman dan pemakanan daripada pihak sukarelawan serta unit berkenaan,” katanya.

Terdahulu penganjuran Kursus NCPD 1 Malaysia ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilir Sri Aman dan Penghulu Haji Abang Mohd Salleh Haji Abang Kawi.

Beberapa orang penceramah telah diundang untuk menjayakan kursus ini antaranya ialah Pegawai Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Murnihayati Ali, PPPK Yusuf, PPPK Frederick, PPPK Buda Ason, PPP Jali dan PPP Roland.

Tamat.


No comments:

Post a Comment